Nuffnang

Rabu, 31 Oktober 2012

Gambar: Jersi Harimau Malaya Sepanjang Zaman

Sempena Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung pada 24 November - 22 Disember 2012 ni, mari sama-sama kita lihat evolusi jersi Harimau Malaya dari era 1979 sehingga sekarang.










Sumber: Cisdel

©2012, copyright Nur Ellena

Khamis, 25 Oktober 2012

Santai: Pulau dan Pantai Malaysia

Pulau Perhentian, Terengganu
Terletak di timur laut pantai  Semenanjung Malaysia kira-kira 21km di luar pantai Kuala Besut, Terengganu. Pulau Perhentian terdiri daripada 2 buah pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar, nama yang diambil daripada perkataan Melayu 'henti' dimana dahulunya pulau ini menjadi tempat persinggahan para nelayan ketika ribut melanda.
Pulau Tioman, Pahang
Juga dikenali sebagai Gunung Daik Bercabang Tiga adalah sebuah pulau kecil yang terletak 32km dari pantai timur Semenanjung Malaysia di negeri Pahang, dan berkeluasan kira-kira 39 km panjang dan 12 km lebar. Ia mempunyai 8 kampung utama. KampungTekek yang terbesar dan mempunyai paling ramai penduduk. Dikelilingi oleh terumbu karang yang banyak, menjadikannya ia popular dikalagan peminat selam skuba.

Pulau Langkawi, Kedah
Langkawi merupakan gugusan kepulauan yang terdiri daripada 99 buah pulau di pantai barat Malaysia. Dikelilingi oleh laut biru, pulau utama adalah campuran indah sawah padi dan bukit-bukau dilitupi hutan. Pencinta alam mendapati pulau ini sebagai pantai dikelilingi oleh pasir-pasir halus dan pokok-pokok kelapa bergoyang.


Batu Feringghi, Pulau Pinang
Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar raya Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa, merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang.

Pulau Labuan, Labuan
Merupakan salah satu negeri Wilayah Persekutuan yang terletak di Timur Malaysia. Pulau Labuan terdiri daripada sebuah pulau besar dan dikelilingi enam pulau-pulau kecil. Terletak di luar pantai negeri Sabah dan berdekatan dengan negara Brunei Darussalam
Pulau Layang-layang, Sabah
Terletak 165 batu nautika dari barat laut Kota Kinabalu (dalam lingkungan 200 km zon eksklusif) di Laut China Selatan. Pulau ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter, pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam
Pulau Sipadan, Sabah
Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombongyang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam.
Pulau Redang, Terengganu
Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada 9 buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II

Pulau Pangkor, Perak
Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.
Pulau Rawa, Johor
Merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan di pesisiran laut Johor. Pulau Rawa terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap kelaut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.


©2012, copyright Nur Ellena

Rabu, 24 Oktober 2012

Gambar: Best Wild Animal Photos of 2012

Koleksi gambar-gambar pertandingan Jurugambar Terbaik 2012 National Geographic





Sumber: National Geographic

©2012, copyright Nur Ellena

Selasa, 23 Oktober 2012

Kreatif: Ekspresi Si Telur

Agaknya kalau telur boleh ekspresi mimik muka begini, alamatnya tak boleh nak masak telur le Cik Kak. Kikiki...








©2012, copyright Nur Ellena

Isnin, 22 Oktober 2012

Petua: Khasiat Buah-Buahan

Allah Taala menciptakan buah-buahan  yang munasabah pada setiap musim mengikut negara masing-masing. Setiap ciptaan Allah juga ada manfaat dah hikmahnya tersendiri. Bezanya, sama ada kita mengetahui manfaatnya ataupun tidak mengetahui. Di sini, ingin menerangkan serba-sedikit manfaat buah-buahan yang biasa kita makan.



Buah Delima
Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, lemah tenaga batin, melambatkan proses penuaan, kanser prostat, kanser payudara, kanser usus dan leukimia.






Durian Belanda
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor yang sangat kuat. Buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan pelbagai jenis parasit dan cacing




Buah Mangga
Mangga adalah antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.




Buah Manggis
Kandungan flavonoid dan flavon di dalam isi buah manggis dikatakan mampu merangsang antioksidan lain termasuklah vitamin C dan E dan sekaligus menguatkan sistem imun tubuh.


Buah Tembikai Merah
Merupakan sumber tinggi carotenoid lycopene, sejenis bahan antioksiden bersifat anti-kanser. Bahan ini menghalang penyakit kanser seperti prostat, payudara, endometrial, peparu dan usus (colorectal). Buah yang tinggi antioksiden ini juga kaya dengan vitamin A, C dan B (asid folik), magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain daripada bahan yang dikenali sebagai beta-karotene.




©2012, copyright Nur Ellena

Gambar: Serangga & Embun

Keindahan alam ada di mana-mana asalkan kita menghargai kewujudannya. Koleksi gambar oleh David Chambon tentang serangga yang diliputi embun diabadikan menggunakan teknik foto macro fokus.










Sumber: David Chambon Photographie

©2012, copyright Nur Ellena

Sabtu, 20 Oktober 2012

Gambar: Padang Kastad di Yunnan, China

Gambar ini diambil oleh jurugambar Jerman Anne Berlin ketika beliau memandu disekitar daerah Yunnan, China. Gambar dimana pokok sawi (rapeseed) mula mengeluarkan bunga berwarna kekuningan seperti curahan kastad.
Katanya "Apabila saya keluar dari kereta,saya merasa begitu terpesona dengan apa yang saya lihat sehinggakan saya lupa seketika untuk mengambil gambar. Saya tidah pernah melihat permandangan ini sebelumnya. Ia amat menakjubkan. Ketika saya berjalan merentasi lanskap indah ini, saya merasa seperti di dalam watak Alice in Wonderland."







Sumber: Daily Mail

©2012, copyright Nur Ellena

Khamis, 18 Oktober 2012

Kreatif: Seni Dengan Lalat

Manusia ni kalau dah kreatif sangat macam-macam boleh jadi...... 












 Sumber: Muhr Photography

©2012, copyright Nur Ellena