Rabu, 24 April 2013

Gambar: Billy Si Kucing Yang Sesat

Cerita ini mengisahkan bagaimana kasih sayang seekor kucing sesat, Billy yang menolong Fraser seorang budak lelaki autism yang berumur 4 tahun. Fraser Booth disahkan mempunyai menghidap autism ketika berusia 18 bulan. Fraser boleh berkomunikasi seperti mana kanak-kanak yang lain dengan ibubapanya. Bagaimanapun, tingkah laku Fraser lebih terarah kepada melepaskan kemarahan, histeria dan kemerosotan mendadak dalam percakapan. Setiap kesilapan kecil atau apa-apa tindakan yang tidak di sukainya akan mengundang kemarahan yang tidak dapat di kawal. Kehadiran Billy seekor kucing yang sesat dan diabaikan oleh tuannya terdahulu sebelum di selamatkan oleh rumah perlindungan haiwan telah menceriakan Fraser. Apa sahaja yang dilakukan oleh Fraser seperti tidur dan bermain, Billy setia menemaninya. Ia bagaikan memberi ketenangan buat Fraser.







Sumber: Daily Mail UK
Apakah Itu Autism? Klik Sini

©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 23 April 2013

Kreatif: Terowong Stesen Keretapi Bawah Tanah

Ia digelar sebagai galeri seni terpanjang di dunia. Para pengiat seni lukisan, ukiran dan rekaan diberikan peluang mengubah pemandang 90 daripada 100 terowong stesen keretapi bawah tanah di Stockholm, Sweden.






Sumber: Stockholm Metro Subway

©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 22 April 2013

Kreatif: Koleksi Buat Sendiri (DIY)

Beberapa produk boleh dihasilkan dengan menggunakan kadboard kitar semula. Merupakan sebagai koleksi buat sendiri (Do It Yourself), mereka hanya perlu mengikut arahan yang telah diberikan untuk membina produk tersebut.

Jam Rusa

Pembesar Suara Gajah

 Lampu Zirafah

Bekas Pen Badak Sumbu

Sumber: Eduardo Alessi

©2013, copyright Nur Ellena

Jumaat, 19 April 2013

Info: Hadiah Terbaik dan Terburuk

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim. 
Ibu itu berpesan, “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” 
Setelah disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah kambing kepada ibu itu. 

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing. Kali ini dia berpesan agar dikirimkan bahagian yang terbaik daripada kambing itu.
Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.
“Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan dikirimkan bahagian yang sama ketika saya memesankan bahagian yang terbaik?” tanya ibu tersebut kepada Luqman.
Luqman menjawab, “Hati dan lidah amatlah baik ketika ia baik dan menjadi buruk apabila keduanya buruk.”
Mendengar jawapan tersebut, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman. Hati dan lidah itu adalah tunjang segala kebaikan dan juga ibu kejahatan serta keburukan.


©2013, copyright Nur Ellena

Rabu, 17 April 2013

Kreatif: Bila Dah Kaya

Kalau dah terlampau kreatif. Mana-mana pun boleh. Sehinggakan duit kertas pun sanggup di conteng. Artis ini melukis pada duit kertas Dollar Amerika.






Sumber: Aslan Malik

©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 16 April 2013

Kreatif: Tempat Pembakar

Tempat pembakaran direka dengan reka bentuk menarik bukan sahaja sesuai untuk dibawa berkelah tetapi juga sebagai ruang artistik dengan cahaya unggun api bila malam menjelma.






Sumber: Fire Pit Gallery

©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 15 April 2013

Gambar: Daisy

Daisy adalah seekor anak kucing yang amat comel. Diambil dari di salah satu kedai haiwan di bandaraya metropolis Jepun. Gambar-gambar ini diambil ketika usia Daisy sekitar 8 sehingga 16 minggu. Daisy seekor anak kucing yang periang dan suka bermain-main dengan tuannya.






Sumber: Ben Torode

©2013, copyright Nur Ellena

Jumaat, 12 April 2013

Gambar: Kek Termahal

Bayangkan kek yang berharga berjuta-juta. Inilah yang terjadi bila manusia yang mempunyai kekayaan yang melampau sehinggakan tidak kisah untuk menempah sebuah kek bernilai berjuta-juta.

Pirates Fantasy - $35 juta dollar Amerika
Dihasilkan oleh chef selebriti Sri Lanka. Mempunyai 10 lapisan kek dan setiap lapisan batu permata Saphire dari jenis yang berlainan. Ia juga dihiasi dengan 10 jenis macam barangan berharga.

Kek Kahwin - $20 juta dollar Amerika
Dibuat oleh pereka kek Nahid Parsa dari Beverly Hills, Amerika dan dibantu oleh pereka fesyen dan barangan kemas terkenal Mimi So. Kek ini dihiasi dengan batu-batu permata berharga.
Diamond Chocolate Cake - $5 juta dollar Amerika
Sebanyak 2,000 biji batu berlian digunakan untuk oleh tukang emas diletakkan di atas kek ini.
Diamond Fruitcake - $1.7 juta dollar Amerika
Kek ini mempunyai 2 bahagian dan 6 sisi. Tetapi tarikan utamanya ialah pada 223 biji berlian kecil yang menghiasi kek ini.
Diamond Wedding Cake - $1.3 juta dollar Amerika
Kek ini mempunyai 9 lapisan dan seberat 160 paun. Dihiasi dengan berlian 1,200 karat di sekeliling lapisan pertama. Diletakkan juga permata delima untuk menaikkan warna kek ini.






©2013, copyright Nur Ellena

Khamis, 11 April 2013

Kreatif: Apa Perasaan Jari Anda?

Kalau dah kreatif, mana-mana sahaja boleh di terjemahkan. Termasuklah pada jari jemari anda.






©2013, copyright Nur Ellena