Rabu, 29 Mei 2013

Gambar: Sky City One

Umum mengetahui bahawa bangunan paling tinggi di dunia sekarang ini adalah bangunan Burj Khalifa yang terletak di Dubai. Bangunan yang mempunyai ketinggian 829.3 meter telah siap dibina pada 1 Oktober 2009 dan mengambil masa lebih kurang 5 tahun. Tetapi, tidak lama lagi sebuah lagi bangunan pencakar langit akan dapat menandingi Burj Khalifa itu. Bangunan berkenaan diberi nama Sky City dan sedang dibina di China. Selain daripada ketinggian yang mencecah 838 meter, apa yang lebih menariknya tentang bangunan ini adalah masa yang diambil untuk membinanya hanyalah 3 bulan sahaja! Jom kita tengok bagaimana rupa “kota langit” ini.


Sumber: Cisdel.com

©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 28 Mei 2013

Gambar: Masjid Solar Di Pristina Kosovo

Masjid berbentuk sfera berkuasa solar ini ialah rekaan firma Itali Paolo Venturella. Rekaan sfera dipilih kerana ia akan mengoptimasikan dedahan panel solar kepada cahaya matahari sepanjang hari. Ruang solat berbentuk bulat juga membahagikan kawasan solat utama kepada dua. Ruang solat pertama digunakan pada hari biasa sementara ruang solat kedua yang lebih besar digunakan pada hari Jumaat. Panel dinding juga boleh dibuka bagi pengudaraan dan pencahayaan semula jadi.


Sumber: Blog Serius

©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 13 Mei 2013

Gambar: Koleksi Rama-Rama

Koleksi gambar rama-rama yang cantik. Ia mempunyai empat tahap pusingan kehidupan sebelum menjadi rama-rama. Walaupun jangka hayat seekor rama-rama amat singkat bergantung kepada spesisnya, namun kecantikkan rama-rama ini banyak di abadikan sebagai barangan cenderamata.






©2013, copyright Nur Ellena

Jumaat, 10 Mei 2013

Kreatif: Bukan Sekadar Sabun

Uniknya bentuk sabun sekarang. Bukan lagi seperti bentuk konversional bujur, malah seakan-akan puding dan kek. Jom! Sabun di bilik mandi...






©2013, copyright Nur Ellena

Khamis, 9 Mei 2013

Kreatif: Baju Zirah

Anda sayang pada binatang peliharaan anda? Anda sanggup melindungi mereka dari mara bahaya? Kini anda tidak perlu risau lagi. Terdapat pelbagai bentuk baju zirah untuk binatang kesayangan anda. Pastinya melindungi dan juga bertambah ohsem binatang anda nanti.







Sumber: Jeff De Boer

©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 7 Mei 2013