Rabu, 24 Julai 2013

Kreatif: Haiwan Sulaman Yang Comel (Su Ami)

Nama benda ni ialah Su Ami. Bukan suami ye. Itu lain. Su Ami ialah sulaman haiwan yang bersaiz mini. Tapi saiz mini adalah sekecil jari anda. Namun hasilnya amatlah comel sekali.






©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 23 Julai 2013

Kreatif: Kenapa Tony Fernandes...

Rasanya bos Airasia patut mengambil orang ini bekerja dengannya. Mungkin bukan sebagai Apprentice Tony tetapi mungkin tukang cat pesawat Airasia? Lihat hasil kerja tangan beliau melakar dan mencorakkan bangkai pesawat-pesawat terbiar.






©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 22 Julai 2013

Kreatif: Lalat Penuh Advanture

Mungkin gambar di bawah ini boleh nyatakan. Kalau lalat pun kaki advanture.






©2013, copyright Nur Ellena

Khamis, 18 Julai 2013

Gambar: Manusia Siput

Liu Lingchao ialah seorang pengutip barang lusuh yang berasal dari Guangdong, China. Beliau mempunyai kehidupan yang berkelana dan oleh sebab mahu menjimatkan kos penginapan, beliau membina rumah bergerak beliau sendiri yang diusung ke mana sahaja beliau pergi. Rumah seberat 60 kilogram inilah yang dijadikan tempat berteduh dan dilengkapi dengan barang keperluan hariannya. Oleh kerana keunikkannya, Liu dikenali sebagai Manusia Siput.









©2013, copyright Nur Ellena

Rabu, 17 Julai 2013

Gambar: Bunga Orkid Yang Unik

Bunga orkid memang cantik dan menarik. Sebenarnya ada pelbagai spesis orkid yang menghasilkan pelbagai bentuk kelopak dan warna bunganya. Sehinggakan ada sesetengah spesis orkid yang mungkin belum pernah kita lihat. Ada diantaranya berbentuk seperti haiwan. Antaranya seperti di bawah ni.

Bunga orkid seperti kepala burung

Bunga orkid seperti burung Dove

Bunga orkid seperti itik

Bunga orkid seperti monyet

Bunga orkid seperti bangau putih


©2013, copyright Nur Ellena

Gambar: Makna Disebalik Sebuah Logo

Empat bulatan dalam logo tersebut membawa kepada maksud 4 syarikat berlainan iaitu DKW, Horch, Wanderer dan Audi yang merupakan sebahagian Konsortium Kesatuan Auto pada 1932.


Logo bulat pada logo BMW yang kelihatan seperti kipas kapal terbang yang sedang bergerak manakala warna putih mewakili udara. Ini kerana BMW merupakan pengeluar enjin untuk kapal terbang tempur Jerman semasa perang dunia Ke-2.

Logo yang mempunyai bintang 3 bucu ini, yang terdapat tempat kosong di antara bucu ini  mewakili air, darat dan udara. Ini bermakna Mercedes dominan ke atas ketiga-tiga elemen ini.

Logo syarikat automotif terkenal di Jepun ini mempunyai tiga bulatan elips. Setiap satu bulatan elips ini mewakili hati pelanggan, jantung produk dan jantung kemajuan teknologi serta peluang tanpa had di masa hadapan.

Pengeluar automotif Jerman, Volkswagen mempunyai dua abjad di dalam logo nya iaitu 'V' dan 'W' yang membawa maksud 'Volks' untuk rakyat dan 'Wagen' untuk kereta.


P/S: Maksud logo Proton dan Perodua saya tak tahu ye... Maaflah.


©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 16 Julai 2013

Gambar: Gua Biru

Terletak di pulau Bisevo, Crotia namun, tempat ini bukan senang untuk dikunjungi kerana jarak perjalanan dan kemudahan pengangkutan yang sukar. Gua ini ditemui oleh para nelayan Crotia sejak sekian lama, namun laluan masuk ke gua ini ialah dengan menyelam melalui bongkahan batuan gua. Hanya pada sekitar tahun 1884 satu laluan bagi memudahkan pengunjung masuk kedalam telah di buat.






Sumber: Blue Cave of Bisevo

©2013, copyright Nur Ellena

Rabu, 10 Julai 2013

Info: Selamat Datang Wahai Ramadhan

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Saya juga ingin memohon maaf jika ada sebarang kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang saya mengendalikan laman blog ini kerana manusia tidak akan lari daripada melakukan kesalahan. Semoga puasa serta amalan kita tahun ini lebih dari tahun-tahun sebelumnya. Amin.



©2013, copyright Nur Ellena

Gambar: Heracleion - Tamadun Yang Tenggelam

Bandar purba yang ditemui di Mesir ini merupakan bandar yang terkenal sebagai tempat perlabuhan dan perdagangan sebelum era Alexandria 331 SM. Bandar Thonis-Heracleion yang ditemui semula akibat ditelan lautan ini juga dipercayai merupakan pusat keagamaan kerana penemuan kuil Amun yang memainkan peranan penting dalam sosial masyarakat Mesir.






Sumber: Frank Goddio - Sunken Civilizations

©2013, copyright Nur Ellena

Jumaat, 5 Julai 2013

Gambar: Lautan Alga Hijau

Kejadian yang berlaku di Qingdao, China ini menyebabkan pantainya di penuhi dengan alga dan rumpai laut yang agak tebal. Rumpai laut yang tidak beracun ini telah 'menyerang' pantai tersebut beberapa hari lepas dan menyebabkan pihak berkuasa tempatan terpaksa memindahkan sebanyak 20,000 tan rumpai laut.






Sumber: Yahoo

©2013, copyright Nur Ellena