Nuffnang

Selasa, 25 Februari 2014

Gambar: Bas Sekolah di Jepun

Anda suka menonton cerita kartun Shin Chan tak? Budak tadika yang amat nakal dan lucu sebagai watak utama dalam siri animasi Jepun itu. Dan apa yang menarik ialah bas sekolah yang sering digunakan oleh Shin Chan untuk ke tadika. Bas sekolah yang menggunakan pelbagai watak ini benar-benar wujud di Jepun dan untuk menghantar kanak-kanak ke tadika.






©2014, copyright Nur Ellena

Isnin, 24 Februari 2014

Info: 7 Bunga Yang Sangat Beracun

No.7 - Daphne 
  
Bunga daphne juga dikenali dengan nama lady laurel atau tanaman syurga. Seluruh bahagian dari bunga ini beracun, tapi bahagian yang paling beracun terdapat pada getah dan buahnya. Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang akan menyebabkan sakit perut parah, sakit kepala, diarhea, kegilaan, dan sawan. Jika buah daphne diguna secara berlebihan, akan menyebabkan koma malah boleh menyebabkan kematian. 
  
No.6 - Lyly of the valley   

Lyly of the valley kelihatan sangat cantik dan nampak tidak berbahaya. Menggunakan satu atau dua dari bunganya yang berbentuk bell tidak akan menyakiti orang dewasa. Apabila dimakan dalam jumlah sangat banyak, bunga ini boleh menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh, dan diare. Racun di bunga ini juga menyebabkan jantung tidak berfungsi dan degupan jantung yang lemah. 
  
No.5 - Belladona 
  
Dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Barat Hemisphere, Belladona mengandung tropane alkoids yang berpotensi membahayakan. Seluruh bahagian tanaman ini berbahaya, tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang sepertinya sedap dimakan, tapi membahayakan anak-anak. Akibat dari racun bunga ini adalah pupil mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan kegilaan. Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini mengganggu sistem saraf menyebabkan gangguan pernafasan, berpeluh dan berdegup jantung. 

No.4 - Angel's Trumpet 

Jangan terkejut dengan namanya, tanaman ini mengandung racun yang boleh sangat bahaya untuk manusia mauhu pun haiwan. Bunga ini terkenal sebagai halusinogen yang sangat kuat kerana mengandungi zat tropane alkaloids. 




No.3 - Rhododendron

Tanaman ini apabila musim berbunga kelihatan sangat indah sekali. Dalam sebuah rakaman, menceritakan tingkah laku yang aneh pada sejumlah kumpulan berbangsa Inggeris semasa memakan madu dari bunga ini. Rhododendron mengandung andromedatoxin yang menyebabkan muntah, rasa sakit yang hebat kejang-kejang hingga menyebabkan kematian. 
  

No.2 - Oleander 
  
Oleander dikenali sebagai salah satu tanaman yang paling beracun di bumi, sering digunakan untuk bunuh diri. Berbagai macam racun terkandung di seluruh bahagian tanaman ini, seperti Oleandrin dan neriine, menyebabkan gangguan sistem saraf, gangguan pencernaan, dan sistem peredaran darah, dimana ke semua itu terjadi secara serentak. Mangsa akan mengalami gejala kehilangan kesedaran, tubuh bergetar, rasa sakit, koma, hingga kematian. Getahnya dapat menyebabkan iritasi kulit dan kekaburan pada mata. 

No.1 - Autumn Crocus 

Bunga ini juga merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia, mungkin ini yang paling beracun. Mengandung colchicine, racun yang terkandung di dalam bunga ini sejenis dengan arsenik yang tidak ada ubatnya. Keracunan tanaman ini dapat menyebabkan penyakit jantung dan hilangnya tekanan darah. 


©2014, copyright Nur Ellena

Selasa, 18 Februari 2014

Gambar: Ikan Salmon Lautan Pasifik

Semenanjung Kamchatka adalah tanah seluas 1,250 kilometer yang terletak di Timur Rusia. Ia terletak di antara sebelah timur Lautan Pasifik dan sebelah barat Laut Okhotsk. Kamchatka mempunyai kepelbagaian kehidupan yang paling besar dalam dunia ikan salmon, termasuk memiliki kesemua enam spesies ikan salmon anadromous (Chinook, Chum, Coho, Seema, Pink dan Sockeye). Ahli biologi menganggarkan bahawa daripada keenam-enam spesis ini, satu perempat daripada semua salmon Lautan Pasifik berasal di Kamchatka. Tasik Kuril diiktiraf sebagai kawasan yang terbesar bagi ikan salmon spesis Sockeye bertelur di Eurasia. 









Wikipedia: Anadromous

©2014, copyright Nur Ellena

Jumaat, 14 Februari 2014

Gambar: Festival Salji Sapporo ke 65 Hokaido, Jepun

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ini, pihak Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia telah membawa ikon Bangunan Sultan Abdul Samad ke festival ini bagi mewakili Malaysia. Ikon bangunan bersejarah yang dibina pada tahun 1897 ini dibangunkan menggunakan salji di Sapporo, Jepun dan dipamerkan disepanjang festival ini berlangsung pada 5 - 11 Februari 2014.






Sumber: The 65th Sapporo Snow Festival
Gambar dari sumber internet.

©2014, copyright Nur Ellena

Rabu, 12 Februari 2014

Kreatif: Jam Loceng

Sukakan jam loceng? Tetapi adakah kadang-kala anda terasa seperti ada perasaan nak hempuk jam yang berdering setiap pagi? Kalau hendak bandingkan jam-jam di bawah ini, apalah sangat dengan deringan jam loceng dirumah tu. Sebab... jom kita tengok kenapa.

1. Sfera alarm clock 
Jam loceng ini perlu digantung pada siling, betul-betul diatas kepala, pastikan arasnya boleh dipegang. Bila jam ini berbunyi, ia mesti disentuh untuk mematikan loceng sementara (snooze), tapi jam ini akan naik sedikit ke atas secara automatik. Bila ia disentuh lagi, ia akan snooze dan akan terus naik, sehinggalah anda bangun untuk memadamkannya.


2. Puzzle alarm clock 
Bila jam ini berdering, untuk memberhentikannya kita perlu padankan blok-blok berbagai segi ini ke dalam slotnya yg sesuai. Mahu atau tidak, anda tetap kena bangun sambil memerah otak.




3. Nooby 
Jam pelik ini dinamakan Nooby, dimana ia mempunyai personaliti sendiri. Bila sampai waktu deringan yang ditetapkan, Nooby akan berbunyi, “Rise and shine, its time to get up!”. Jika anda tidak juga mahu bangun, ia akan berbunyi lagi, tapi kali dengan kata-kata yang sedikit kesat. Cara untuk memberhentikan deringan ini ialah dengan mengenggam lehernya dan mengoncangkan sekuat hati. Ini kerana Nooby dapat merasakan perasaan marah anda, baru lah ia akan senyap!


4. ClearSounds Wake & Shake 
ClearSounds Wake & Shake ini disertakan dengan pelbagai nada bunyi yang kuat, silauan cahaya dan juga pad getaran yang boleh diletak dibawah bantal. Nada bunyinya boleh mencecah sehingga 95 dB! Dan silauan cahaya berfungsi untuk mengganggu tidur anda.




5. Laser Target alarm clock 
Untuk memadamkan bunyi deringan jam ini anda memerlukan kemahiran seperti penembak tepat. Ini kerana anda perlu menghalakan laser pada remote ke arah target jam ini. Selagi tidak tepat, selagi itulah ia tidak akan padam.








6. Flying alarm clock 
Seperti namanya jam ini akan berterbangan ke serata bilik anda sambil berbunyi, dan cara untuk memadamkannya adalah dengan menangkapnya dan kembalikan ke tempat asalnya.








7. Grenade alarm clock 
Jam ini amat sesuai digunakan kepada mereka-mereka yang liat untuk bangun dari tidur. Apabila pin pada jam ini dicabut dan dibalingkan ke dalam bilik, jama ini akan menjerit “Fire in the hole!” dan kemudian mengeluarkan bunyi high pitch yang membingitkan telinga. Hanya satu cara untuk memadamkannya iaitu dengan memasukkan kembali pin pada jam tersebut.





8. Clocky 
Jam ni agak bijak, apabila anda menekan butang mematikan loceng sementara (snooze), ia akan bergerak dan bersembunyi daripada anda. Bila ia berbunyi lagi, maka terpaksalah anda bangun dan mencari jam ini untuk padamkannya. Apa yang menarik ialah, Clocky ini dicipta untuk mencari tempat persembunyian yang berbeza setiap hari. Hebatnya!


©2014, copyright Nur Ellena

Isnin, 10 Februari 2014

Gambar: Proses Penghasilan Logo Porsche

Ramai yang sudah mengetahui bahawa Porsche adalah kenderaan bagi golongan mewah. Namun adakah anda tahu, proses untuk menghasilkan logonya juga dihasilkan dengan begitu cermat dan teliti.









©2014, copyright Nur Ellena