Nuffnang

Isnin, 31 Mac 2014

Info: Apakah Itu Kotak Hitam?

Mana-mana pesawat komersial dan korporat wajib dilengkapi dengan peralatan Cockpit Voice Recorder (CVR) dan Flight Data Recorder (FDR). Ia juga dikenali sebagai kotak hitam yang mana fungsi kedua-dua peralatan ini amat penting jika berlakunya kemalangan nahas udara. Bagi membantu dalam menjejak kotak hitam ini selepas berlakunya kemalangan, setiap satunya mempunyai satu alat penghantar isyarat Underwater Locator Beacon (ULB) yang akan diaktifkan jika kotak hitam ini menyentuh air dan dapat berfungsi sehingga 14,000 kaki kedalaman air.



©2014, copyright Nur Ellena

Rabu, 19 Mac 2014

Kreatif: Peta Makanan

Setiap negara atau benua mempunyai makanan tradisi masing-masing. Artis ini berusaha menghasilkan peta sesebuah negara dan benua menggunakan makanan yang kebanyakkannya berasal dan digunakan di sana.

Peta Afrika diperbuat dari pelbagai jenis pisang

Peta Australia diperbuat dari pelbagai jenis udang

Peta China diperbuat dari pelbagai jenis mee

Peta Perancis diperbuat dari pelbagai jenis keju

Peta India dari pelbagai rempah ratus

Peta Itali dari pelbagai jenis tomato

Peta Jepun dari pelbagai jenis rumpai laut

Peta New Zealand dari buah-buah kiwi

Peta Amerika Selatan dari pelbagai jenis buah limau

Peta United Kingdom dan Ireland dari biskut

Peta Amerika Syarikat dari pelbagai jenis bijirin

Sumber: Henry Hargreaves

©2014, copyright Nur Ellena

Isnin, 17 Mac 2014

Info: Apakah Itu Transponder?

Di dalam istilah telekomunikasi, transponder (transmitter-responder) dimaksudkan sebagai:
  • peranti automatik yang menerima, menguat dan menghantar kembali isyarat pada frekuensi lain
  • peranti automatik yang menghantar pesanan tertentu sebagai balasan (respond) pada isyarat penerima
  • penghantar-terima yang menjana satu isyarat balas pada peranti elektronik yang lain
Setiap pesawat akan diberikan kod transponder empat angka atau "Squawk" number yang akan ditetapkan oleh juruterbang mengikut arahan Pusat Kawalan Lalu Lintas Udara (ATC). Dari Squawk number tersebutlah pesawat tersebut akan dikenalpasti sehingga radar dimatikan. Mode C memberikan maklumat mengenai ketinggian pesawat terbang ketika itu melalui bacaan yang diperolehi dari altimeter pesawat.


Dalam kes Malaysia Airlines pesawat MH370 ini, ia dikatakan bahawa transponder telah dimatikan dengan sengaja oleh pihak tertentu menyebabkan ia hilang dari radar menara kawalan di Subang. Hasil siasatan yang telah di dedahkan oleh pihak kerajaan Malaysia, pesawat MH370 dikatakan telah menukarkan laluan dan ini dikuatkan lagi dengan dakwaan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dimana radarnya mengesan sebuah pesawat tidak dikenali melalui Selat Melaka sebelum hilang.

Sumber: Wikipedia - Transponder, General Aviation News

©2014, copyright Nur Ellena

Jumaat, 14 Mac 2014

Info: Coretan Seminggu MH370

Sejak berita tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, seluruh dunia seakan-akan memberi perhatian terhadap kes ini. MAS selaku antara pesawat komersial yang paling selamat dan diakui dunia samada dari segi perkhidmatan dan tahap keselamatannya, mendapat impak akibat kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.


Ketika mula-mula berita ini tersebar, ada juga segelintir yang mungkin "ingin mendapat perhatian" dengan memuatkan pelbagai kenyataan yang boleh menyakitkan perasaan saudara-mara penumpang pesawat MH370. Antaranya kenyataan Twitter artis tempatan Zed Zaidi dan bekas Menteri Besar Perak.

Berbanding dengan selebriti luar negara mereka lebih menyatakan perasaan ingin berkongsi kesedihan mereka bersama-sama keluarga penumpang pesawat ini.

Berita kehilangan MH370 ini juga menimbulkan pelbagai spekulasi. Bloggers, wartawan persendirian dan tanpa tauliah berlumba-lumba hendak mengeluarkan kenyataan yang tidak tahu kebenarannya yang juga diambil dalam dunia maya ini.

Pelbagai isu timbul menyebabkan kekecohan, sehinggakan pihak Kementerian sendiri berani menyelar kakitangan kerajaannya seperti isu passport palsu yang berjaya melepasi kawalan keselamatan dan imigresen. Ironinya sebelum ini kita seakan-akan berbangga dengan pihak luar akan tahap keselamatan negara dan KLIA.

Tidak kurang juga ada pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan dan mungkin mempunyai agenda tersendiri sebagai jalan untuk mendapat perhatian masyarakat.

Tahap kurangnya kematangan rakyat Malaysia begitu menyerlah tatkala mata dunia sedang tertumpu ke arah kita. Tiada pihak luar yang cuba memalukan negara ini kecuali rakyat Malaysia sendiri dan saya tidak mahu sentuh tentang isu bomoh di KLIA itu. Anda nilailah sendiri. #doabuatMH370 #prayforMH370

©2014, copyright Nur Ellena

Isnin, 10 Mac 2014

Info: Malaysia Airlines Boeing 777-200

Malaysia Airlines (MAS) mempunyai 15 buah pesawat jenis Boeing 777-200. Pesawat yang mampu menampung penumpang seramai 282 orang ini mempunyai 35 tempat duduk kelas perniagaan dan 247 tempat duduk kelas ekonomi. Pesawat yang menggunakan enjin Rolls Royce Trent 892 ini mampu mencapai kelajuan Mach 0.84 (897 km/jam) dan jarak perjalanan 12,779 km.



Sumber: Malaysia Airlines

©2014, copyright Nur Ellena

Ahad, 9 Mac 2014

Doa Buat MH370 - Our Support, Our Pray for you

Proses mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines Boieng 777-200 MH370 yang dilaporkan hilang dari radar pengesan masih giat dijalankan. Mengikut berita terkini, waris-waris mangsa kini telah diterbang ke suatu tempat di Vietnam hari ini. Kelmarin, pihak tentera udara Vietnam melaporkan telah menemui dua tompokkan besar minyak di perairannya sejauh 15 batu dan pihak tentera Malaysia kini sedang mengkaji adakah tompokan minyak tersebut dari pesawat MH370 ini. Namun tiada sebarang serpihan pesawat yang dijumpai. Marilah kita rakyat Malaysia bersatu hati dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan. #doabuatmh370 #prayforMH370


Sumber: Time.com

©2014, copyright Nur Ellena

Sabtu, 8 Mac 2014

Doa Buat MH370

Pada hari ini rakyat Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) jenis Boeing 777-200 MH370 dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menuju ke Beijing, China. Pesawat yang dijangka tiba di Beijing, China sekitar jam 06:30pagi dilaporkan hilang dari radar setelah 2 jam penerbangan. Kali terakhir pesawat ini dikesan pada radar adalah sekitar jam 01:30pagi dan berada di perairan sempadan Vietnam. Pihak MAS telah membuat pengumuman tentang kehilangan pesawat ini pada media elektronik. Misi mencari dan menyelamat telah dilaksankan dengan bantuan dari negara-negara jiran seperti Vietnam, Singapura, Filipina dan Indonesia. Sementara itu pihak angkatan tentera Amerika juga menawarkan bantuan dalam misi ini.

Malaysia Airlines Boeing 777-200

Lokasi terakhir yang mengesan pesawat MAS MH370 menggunakan Flight Radar 24

Laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Kumpulan CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya

Berikut adalah bilangan penumpang pesawat MAS MH370 mengikut negara.
China/Taiwan = 153 termasuk seorang (1) bayi
Malaysia = 38
India = 5
Indonesia = 7
Australia = 6
Perancis = 4
Amerika Syarikat = 3
New Zealand = 2
Ukraine = 2
Kanada = 2
Russia = 1
Itali = 1
Belanda = 1
Austria = 1


©2014, copyright Nur Ellena

Isnin, 3 Mac 2014

Gambar: Keretapi Termahal di India

Bercadang untuk melancong ke India dalam masa terdekat ini? Dan ingin di layan seperti Maharaja? Lawatan Keretapi Diraja India menawarkan satu perjalanan menggunakan keretapi mewah merentasi kawasan tercantik di India. Maharaja's Express adalah salah satu daripada 6 buah keretapi mewah di India yang menjanjikan perjalanan, makanan tradisional dan layanan yang terbaik.
















©2014, copyright Nur Ellena