Terdapat beberapa kisah pelik yang ternyata benar ingin dikongsikan
bersama anda di pagi ini. Kisah ini tidak berlaku di Malaysia, tetap
banyak berlaku di negara-neagra luar contohnya di Amerika Syarikat.
1.Kembar tiga yang lahir dengan selisih waktu 11 tahun.
Ini benar-benar susah untuk dipercayai bahawa dua gadis dan bayi berusia
3 bulan di dalam gambar di atas adalah kembar tiga,Bethony,Megand dan
Ryleigh memang kembar tiga.Walaupun mereka bertiga dikandung pada hari yang sama,Ryleigh lahir 11 tahun kemudian setelah kelahiran saudara kembarnya.Hal ini disebabkan kerana,1 dari 3 embrio telah dibekukan untuk dilahirkan 11 tahun kemudian.
2. Orang yang ditembak di kepalanya,tetapi baru mengetahuinya 5 tahun kemudian.
Seorang lelaki yang tinggal di Jerman hidup dengan normal dan baik-baik saja selama lima tahun tanpa menyedari dia telah ditembak di kepala.Peluru
kaliber 0,22 ditemui ketika lelaki itu pergi ke dokter untuk
memeriksanya.Yang dia ingat adalah bahwa dia telah menerima pukulan ke
kepala pada tengah malam di sebuah parti Tahun Baru “di tahun 2004,atau
2005″,tapi terlupa tentang hal itu kerana dia “sangat mabuk”.
3. Orang yang menembak seorang remaja kerana memakai seluar baggy.
Polis di Tennessee mengatakan Kenneth,45 tahun menjadi sangat benci dan marah pada remaja yang memakai seluar baggy dan dia menembak remaja itu di punggung.Pada 25 September,dia didakwa dengan dua tuduhan melakukan serangan dan melepaskan tembakan beberapa kali pada pemuda 17 tahun setelah mangsa menolak untuk menarik seluarnya yang melorot dan menghina kennet dengan gelaran bontot gemuk.
4.Wanita yang memecahkan rekod dunia paling gemuk dengan berat 700 pounds (320 Kg).
Ketika di usia 20,berat Terri Smith hanya sekitar 120 kilogram.Terri menikahi Myron,pada tahun 1986.Pada usia 32 dia menderita arthritis di lututnya dan tidak mampu untuk berjalan lebih dari beberapa langkah pada satu waktu.Kemudian
Smith diberi kerusi roda litrik untuk berkeliling namun disebabkan
Kurangnya latihan senaman fizik dan tidak mengubah pola makan
menyebabkan berat badannya naik sehingga dia hampir tidak mampu berdiri.
5.Pencuri yang cuba mencuri di muzium dengan menyamar menggunakan rumput.
Menurut polis di Oregon,Gregory Liascos,suspek yang berumur 36 tahun
menyamar ala kamuflase sebelum mencuba untuk menerobosi dinding sebuah
muzium batu dan mineral selama beberapa malam pada bulan Oktober dalam
upaya untuk mencuri koleksi emas muzium bernilai 0,25 juta dolar.Karyawan Muzium menelepon polis setelah menemukan adanya bekas lubang dipahat di dinding dan meskipun pakaian rumput nya susah untuk dikesan,anjing
polis berhasil mengesan suspek.Anjing itu menggigit timbunan tanah yang
ditumbuhi rumput,dan tanah itupun menjerit.Gregory ditangkap serta
merta setelah penyamarannya terbongkar oleh anjing polis.