Selasa, 31 Disember 2013

Kreatif: Kitar Semula Komputer

"Semuanya adalah bahan 100% kitar semula yang diperolehi dari sekolah dan pejabat yang ingin melupuskan perkakasan komputer mereka" itulah yang dinyatakan oleh pereka bahan kitar semula ini Benjamin Rollins Caldwell. Dengan mengabungkan kesemua perkakasan komputer untuk membentuk perabot kitar semula. Agak menarik namun jika di rumah anda mempunyai insan-insan kecil, harus berfikir beberapa kali untuk membuatnya kan?






Sumber: BRC Designs

©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 30 Disember 2013

Gambar: Makhluk Apakah Ini?

Mungkin itu antara pertanyaan yang menerjah dibenak minda tatkala bila anda melihat gambar-gambar dibawah kan? Ia sebenarnya adalah beberapa spesis ikan yang dimasukkan pewarna (dye) bagi memperlihatkan struktur anatomi ikan-ikan tersebut.






Sumber: Picturing Sciene

©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 3 Disember 2013

Kreatif: Pemadam Comel

Pemadam yang comel ini adalah produk dari Taiwan. Pemadam bersegi empat ini mempunyai bentuk muka ditengahnya akan membentuk gaya rambut berbeza apabila setiap kali anda menggunakannya.






Sumber: Designboom

©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 2 Disember 2013

Gambar: Salina Turda, Romania

Mesti anda kehairanan dan tertanya apakah itu? Salina Turda, ialah lombong garam bawah tanah yang dijadikan muzium sejarah bawah tanah pertama di dunia. Lombong ini telah digali pada abad ke-17 yang merupakan sumber kekayaan bagi masyarakat Roman ketika itu. Apa yang menarik, di bawahnya terdapat sebuah taman hiburan lengkap dengan tempat bersukan dan beriadah seperti padang golf mini dan bowling serta roda ferris. Pelawat juga boleh menyewa bot untuk meneroka tasik lombong bawah tanah ini.






Sumber: Designboom dan Salina Turda

©2013, copyright Nur Ellena

Rabu, 27 November 2013

Gambar: Resort Dalam Laut

Terletak di luar pantai timur Afrika berdekatan dengan Pulau Pemba, sebuah pulau terapung persendirian yang mempunyai sebuah resort hotel The Manta Resort, menyediakan kepada pengunjungnya bilik hotel eksklusif 4 meter dari permukaan lautan.






©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 26 November 2013

Gambar: Shenzhen Bao'an International Airport 2

Pada tahun 2008, syarikat pembinaan dari Itali Fuksas telah memenangi bidaan bagi pembinaan tambahan lapangan terbang antarabangsa ini. Lapangan terbang ini melalui satu proses pembinaan dan reka bentuk yang mengagumkan. Apa yang menarik, lapangan terbang projek penambahan lapangan terbang ini telah dapat disiapkan dalam masa hanya 3 tahun sahaja dan merupakan sebuah bangunan yang terbesar di bandar metapolitan ini. Ia dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada 28 November 2013 ini.






Sumber: Designboom

©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 25 November 2013

Gambar: Shenzhen Bao'an International Airport 1

Gambar-gambar ini diambil ketika Lapangan Terbang Antrabangsa Shenzhen di China dalam proses pembinaan oleh syarikat jurubina dari Itali Fuksas yang menelan belanja hampir EUR€734 juta. Ia merupakan bangunan tunggal yang terbesar penah di bina dalam kawasan bandar metropolitan ini. Pada thread akan datang, saya akan tunjukkan betapa indahnya seni bina lapangan terbang ini setelah ia berjaya disiapkan dalam masa hanya 3 tahun.






Sumber: Designboom

©2013, copyright Nur Ellena

Khamis, 21 November 2013

Gambar: Keretapi Starbucks

Anda pengemar kopi-kopi Starbucks? Ini mungkin sesuatu boleh membuat anda teruja - kedai kopi Starbucks dalam sebuah keretapi. Tapi hanya di Switzerland.






Sumber: Inthralld

©2013, copyright Nur Ellena

Rabu, 20 November 2013

Gambar: 10 Permaidani Termahal Di Dunia

Permaidani adalah perkara wajib ada dalam setiap rumah. Tapi adakah anda tahu harga paling mahal sebidang permaidani yang pernah dijual? Permaidani ini kebanyakkannya berasal dari negara Parsi dan harganya tidak masuk akal walaupun ada permaidani yang telah kelihatan agak lusuh. Berikut adalah senarai 10 permaidani termahal di dunia.

Permaidani Tabriz berharga USD$68,500.00

Permaidani Fereghan Sarouk berharga USD$74,500.00

Permaidani Portuguese Armorial berharga USD$80,500.00

Permaidani Mohtashem Kashan berharga USD$92,500.00

Permaidani Ziegler Mahal berharga USD$98,500.00

Permaidani Isfahan berharga USD$116,000.00

Permaidani Ushak Rug berharga USD$158,500.00

Permaidani Ziegler Mahal USD$170,500.00

Permaidani Ziegler Mahal berharga USD$182,500.00

Permaidani sutera Isfahan Rug berharga USD$4.45 juta


Sumber: The Most 10

©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 18 November 2013

Info: Durian Lwn Orang Barat

Umum tahu bahawa durian adalah raja segala buah tempatan. Namun buah ini dianggap buah racun yang mengeluarkan toksik oleh kebanyakkan orang-orang barat. Hatta seorang chef, Andrew Zimmern yang mengelilingi dunia mengembara untuk mencuba pelbagai makanan eksotik akhirnya tewas pada durian. Kajian juga menunjukkan mereka lebih berdaya tahan menghidu bau-bau busuk yang lain berbanding dengan bau aroma durian ini.


Andrew Zimmern tewas kepada raja buah

 
Kajian bau terhadap buah durian

Wikipedia: Durian

©2013, copyright Nur Ellena