Khamis, 31 Oktober 2013

Gambar: Ikan Emas Lemas

Pernah dengar ikan lemas? "Einstein" nama ikan emas jenis Fantail telah hilang keupayaan untuk berenang kerana kerosakkan pundi udaranya, menyebabkannya berenang secara terbalik dan sentiasa berada di dasar tangki. Untuk mengelakkan ikan emas ini mati kelemasan, pemiliknya Leighton Naylor mencipta pelampung khas untuk dipakaikan kepada ikan ini bagi membolehkan ia terapung dan berenang secara normal.






Sumber: Daily Mail

©2013, copyright Nur Ellena

Rabu, 30 Oktober 2013

Gambar: Keindahan Ladang Lavender di Provence, Perancis

Koleksi gambar ladang lavender di Provence, Perancis. Indahnya bila bunga lavender apabila mula berkembang mekar dan sedia untuk dituai.






Sumber: Lavender Fields

©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 29 Oktober 2013

Info: Buah Zuriat

Buah ini juga dikenali sebagai buah adam, buah hawa dan amat popular dikalangan pasangan suami-isteri yang belum mendapat zuriat sebagai salah satu kaedah dan ikhtiar. Asal-usul buah ini tidaklah diketahui tetapi banyak diperolehi di Mekah dan Madinah. Antara khasiat yang diperolehi dari buah ini ialah:
- meningkatkan kesuburan
- menguatkan rahim / sistem peranakan
- melancarkan peredaran darah
- merawat tekanan darah rendah
- merawat penyakit kencing manis
- melegakan sakit-sakit sendi
- mengandungi elemen zat besi yang tinggi dan antioksida



©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 28 Oktober 2013

Kreatif: Pelik Tapi Benar

Mungkin sekali pandang kita tidak akan mengatakannya ia adalah kasut. Namun inilah dikatakan fesyen. Kasut yang diperbuat daripada bongkah kayu ini sangat unik dari segi rupa bentuknya. Malah untuk memakainya kaki harus dikepit diantara dua bongkah kayu ini dan dikunci menggunakan engsel. Selesa atau tidak anda perlulah mencubanya sendiri.





Sumber: Cat Potter

©2013, copyright Nur Ellena

Jumaat, 25 Oktober 2013

Info: Susulan Kes Tembak Pegawai Ambank

Salam Jumaat buat semua. Umum tahu selepas hanya beberapa jam kejadian seorang pegawai bank Ambank di tembak mati oleh pengawal keselamatan mereka, gambar dan video mangsa tersebar dengan luasnya di medium-medium internet. Ramai yang berlumba-lumba menjadi sebagai informer dan wartawan tidak bertauliah tanpa memikirkan perasaan keluarga mangsa yang baru kehilangan insan tersayang. Hari ini dalam media tempatan suami mangsa merayu kepada orang ramai supaya membuang dan menghapuskan gambar dan video yang mengaibkan keluarga mangsa. Bayangkanlah perasaan anak-anak mereka yang masih kecil jika melihat gambar ibu mereka sebegitu. Saya juga berharap agar pihak polis berjaya menangkap penjenayah ini dan disamping itu menyiasat siapa yang menjadi dalang menyebarkan gambar dan video tersebut.




©2013, copyright Nur Ellena

Khamis, 24 Oktober 2013

Kreatif: Origami

Origami (折り紙) dari perkataan yang terdiri dari dua suku kata iaitu Ori bermaksud lipat dan Kami bermaksud kertas. Seni origami dipercayai bermula apabila kertas diperkenalkan.
Bosan berada di pejabat tanpa kerja? Apa kata cuba aktiviti "keras-tangan" hari ini pula. Membuat origami. Pelbagai cara membuat origami ada di sini.

Dan ini hasil dari saya (^_^)


Sumber: Origami Instructions

©2013, copyright Nur Ellena

Rabu, 23 Oktober 2013

Gambar: Ribuan Tanglung Di Langit Malam

Acara melepaskan ribuan tanglung ke udara telah mendapat pengiktirafan rekod dunia. Lebih 15,000 tanglung dilepaskan oleh 10,000 sukarelawan di Universiti Filipina Visayas, Kampus Miagao. Acara ini bertujuan bagi mempromosikan keamanan dunia disamping percubaan untuk mencatatkan rekod dunia. Dengan slogan 'World Peace Through Inner Peace' yang ditulis pada setiap tanglung adalah merupakan salah satu usaha untuk memupuk kesedaran mengenai konflik dunia sejagat.






Sumber: Dailymail

©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 22 Oktober 2013

Kreatif: Bekas Telur Dari Jerami

Bekas telur mesra alam yang diperbuat dari jerami. Rekaan unik dan kreatif dari Maja Szczypek dengan teknik tekanan haba pada jerami untuk membentuk bekas telur ini. Terdapat dalam 3 bentuk berserta dengan label mengikut jumlah telur.






Sumber: Maja Szczypek

©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 21 Oktober 2013

Info: Pengguna Samsung - Original atau Klon?

Cara mudah untuk memastikan samada telefon pintar jenama Samsung tersebut adalah original ataupun tidak. Kaedahnye ialah:

1. Dail no *#0*#
2. Tekan butang Sensor
3. Tekan butang Image test



Kalau telefon tersebut memaparkan gambar

1. Anjing - original
2. Gambar telefon - Taiwan 2nd class
3. Gambar lain - China low class

Inilah gambar anjing original Samsung


©2013, copyright Nur Ellena

Jumaat, 18 Oktober 2013

Gambar: Dah Mati Nak Dengar Lagu Lagi

Sebuah syarikat di Sweden, CataCoffin, telah mengeluarkan keranda yang mempunyai sistem audio dan didatangkan bersama batu nisan yang mempunyai skrin sesentuh LCD. Pakej keranda ini berharga USD35,000 ye, bukan murah. Batu nisan itu juga mempunyai talian internet mungkin untuk mengalakkan sanak-saudara sentiasa datang sambil melepak dan berparti di atas kubur. Baru la tak sunyi dan seram kan? Macam-macam.





Sumber: CataCoffin

©2013, copyright Nur Ellena

Khamis, 17 Oktober 2013

Gambar: Benih Tengkorak

Sebenarnya ialah adalah benih bunga yang telah mati. Spesis bunga yang dinamakan bunga naga atau Snapdragon atau Anthirrhinum ini meninggalkan benih yang menyeramkan seakan-akan kepala tengkorak manusia selepas bunganya layu dan mati.






Sumber: The Dragon's Skull

©2013, copyright Nur Ellena

Rabu, 16 Oktober 2013

Gambar: Terbakar Tanpa Sedar

Seorang jurufoto Kawika Singson yang sedang asyik mengambil gambar lahar gunung berapi telah mendapat satu pengajaran mudah. Iaitu "Jangan Bermain Dengan Api, Nanti Terbakar Diri". Tanpa di sedarinya, kasut dan tripod kameranya telah terbakar disebabkan oleh kepanasan haba lahar tersebut walaupun beliau hanya mendekatinya dalam beberapa saat sahaja.






Sumber: PetaPixel

©2013, copyright Nur Ellena

Jumaat, 11 Oktober 2013

Gambar: Kiswa - Kain Penutup Kaabah

Setiap tahun bila tiba musim haji, kain yang menutupi Kaabah yang dipanggil Kiswa akan ditukar kepada yang baru. Amalan ini bermula apabila khalifah ketika itu Khalifah Al-Mahdi menunaikan ibadat haji, dimana penjaga Kaabah memberitahu kepadanya bahawa kain Kiswa kelihatan semakin buruk dan lusuh. Mendengar akan perihal ini, Khalifah Al-Mahdi memerintahkan agar kain Kiswa diganti setiap tahun pada musim haji dan amalan ini diteruskan sehingga sekarang. Terdapat sebuah kilang untuk membuat kain tenunan Kiswa. Kilang yang beroperasi sejak tahun 1931 ini terletak dipinggir Kota Mekah. Di kilang inilah segala bentuk proses menyiapkan Kiswa dijalankan dari membuat cetakan kaligrafi, pencucian benang-benang sutera, pembuatan benang dari emas tulin sehinggalah kepada proses jahitan.






Saksikan video ini

Sumber: The Kiswa Factory dan sumber internet

©2013, copyright Nur Ellena