Sukakan jam loceng? Tetapi adakah kadang-kala anda terasa seperti ada perasaan nak hempuk jam yang berdering setiap pagi? Kalau hendak bandingkan jam-jam di bawah ini, apalah sangat dengan deringan jam loceng dirumah tu. Sebab... jom kita tengok kenapa.
1. Sfera alarm clock
Jam loceng ini perlu digantung pada siling, betul-betul diatas kepala, pastikan arasnya boleh dipegang. Bila jam ini berbunyi, ia mesti disentuh untuk mematikan loceng sementara (
snooze), tapi jam ini akan naik sedikit ke atas secara automatik. Bila ia disentuh lagi, ia akan snooze dan akan terus naik, sehinggalah anda bangun untuk memadamkannya.
2. Puzzle alarm clock
Bila jam ini berdering, untuk memberhentikannya kita perlu padankan blok-blok berbagai segi ini ke dalam slotnya yg sesuai. Mahu atau tidak, anda tetap kena bangun sambil memerah otak.
3. Nooby
Jam pelik ini dinamakan Nooby, dimana ia mempunyai personaliti sendiri. Bila sampai waktu deringan yang ditetapkan, Nooby akan berbunyi, “
Rise and shine, its time to get up!”. Jika anda tidak juga mahu bangun, ia akan berbunyi lagi, tapi kali dengan kata-kata yang sedikit kesat. Cara untuk memberhentikan deringan ini ialah dengan mengenggam lehernya dan mengoncangkan sekuat hati. Ini kerana Nooby dapat merasakan perasaan marah anda, baru lah ia akan senyap!
4. ClearSounds Wake & Shake
ClearSounds Wake & Shake ini disertakan dengan pelbagai nada bunyi yang kuat, silauan cahaya dan juga pad getaran yang boleh diletak dibawah bantal. Nada bunyinya boleh mencecah sehingga 95 dB! Dan silauan cahaya berfungsi untuk mengganggu tidur anda.
5. Laser Target alarm clock
Untuk memadamkan bunyi deringan jam ini anda memerlukan kemahiran seperti penembak tepat. Ini kerana anda perlu menghalakan laser pada remote ke arah target jam ini. Selagi tidak tepat, selagi itulah ia tidak akan padam.
6. Flying alarm clock
Seperti namanya jam ini akan berterbangan ke serata bilik anda sambil berbunyi, dan cara untuk memadamkannya adalah dengan menangkapnya dan kembalikan ke tempat asalnya.
7. Grenade alarm clock
Jam ini amat sesuai digunakan kepada mereka-mereka yang liat untuk bangun dari tidur. Apabila pin pada jam ini dicabut dan dibalingkan ke dalam bilik, jama ini akan menjerit “
Fire in the hole!” dan kemudian mengeluarkan bunyi high pitch yang membingitkan telinga. Hanya satu cara untuk memadamkannya iaitu dengan memasukkan kembali pin pada jam tersebut.
8. Clocky
Jam ni agak bijak, apabila anda menekan butang mematikan loceng sementara (
snooze), ia akan bergerak dan bersembunyi daripada anda. Bila ia berbunyi lagi, maka terpaksalah anda bangun dan mencari jam ini untuk padamkannya. Apa yang menarik ialah, Clocky ini dicipta untuk mencari tempat persembunyian yang berbeza setiap hari. Hebatnya!
©2014, copyright Nur Ellena