Khamis, 25 Ogos 2016

Gambar: PokeNatomy

Semakin ramai menggilai permainan Pokemon Go ini. Namun, adakah anda pernah terfikir untuk melihat Pokemon ini secara terperinci? Anda boleh! Dengan ilustrasi PokeNatomy ini sekarang anda dapat bagaimana rupa Pokemon secara luaran dan juga dalaman. Bukan itu sahaja, poster ilustrasi ini mempunyai penerangan terperinci mengenai Pokemon dan juga fungsi organ-organ dan sistem saraf mereka.

Bulbasaur

Charmander

Pikachu

Jigglypuff

Squirtle

©2016, copyright Nur Ellena

Selasa, 26 Julai 2016

Gambar: I am Here, Come Save Me Pokemon Go!

Manusia diseluruh dunia hari ini sedang mengila dengan serangan permainan aplikasi telefon pintar Pokemon Go. Malahan saban hari kita pasti mendengar pelbagai cerita mengenai permainan ini. Tidak terketinggalan juga rakyat Malaysia yang makin teruja menunggu permainan ini untuk memasuki negara kita.
Atas insiatif itu, pihak Revolutionary Forces of Syria Media Office (RFS) cuba membuka mata masyarakat dunia dengan memanipulasi ketagihan masyarakat dunia dengan Pokemon Go ini, agar untuk berusaha menyelamatkan kanak-kanak mangsa perang di Syria. Jika ada yang bersungguh-sungguh mencari watak Pokemon disegelenap pelusuk bumi sehingga sanggup mengancam diri sendiri, tidakkan wajar mereka lebih perihatin terhadap nyawa manusia yang diancam oleh peperangan ini?
Setiap gambar kanak-kanak Syria ini membawa satu harapan besar dan hanya mahukan keamanan. Mereka tidak mahu membesar dan berada didalam kancah peperangan.
"I am here, come save me", itulah ayat yang tertulis pada sekeping kertas bersama watak-watak Pokemon Go yang juga menyatakan lokasi mereka.






Sumber:  Revolutionary Forces of Syria Media Office (RFS)

©2016, copyright Nur Ellena

Khamis, 14 Julai 2016

Gambar: Pertandingan Gambar Dron Terbaik 2016

Pertandingan ini dianjurkan oleh Dronestagram pada majlis tahunan Anugerah Fotografi Dron yang ketiga. Gambar-gambar yang dipaparkan di sini adalah yang mendapat tempat pertama dan kedua berdasarkan kategori yang telah dipertandingkan iaitu Travel, Adventure-Sports dan Nature.

Tempat pertama bagi kategori Travel
Tempat kedua bagi kategori Travel
Tempat pertama bagi kategori Adventure-Sports
Tempat kedua bagi kategori Adventure-Sports
Tempat pertama bagi kategori Nature
Tempat kedua bagi kategori Nature
Sumber: Dronestagram

©2016, copyright Nur Ellena

Rabu, 13 Julai 2016

Gambar: Cerita Tiga Kucing Buta

Pada asalnya penglihatan ketiga-tiga kucing ini adalah normal. Namun, mereka telah kehilangan penglihatan akibat jangkitan selsema kucing yang pada masa itu ia tidak dirawat oleh tuan mereka sebelumnya. Kucing-kucing ini kemudiannya ditemui oleh penduduk terbiar dan berusaha untuk meneruskan kehidupan di dalam sebuah gudang kosong di Dubai pada tahun 2014 dan yang mana kemudian diselamatkan dan ditempatkan di pusat jagaan.
Pada mulanya, seekor daripada kucing ini yang bernama Blue telah diambil dan dipelihara secara berasingan, namun ia terpaksa dipulangkan semula ke pusat jagaan kerana Blue seakan-akan menangisi perpisahan dengan 2 lagi adik-adiknya. Sehinggalah pada tahun 2015, mereka telah diambil oleh Catherine dan menjaganya sehingga kembali sihat dan ceria.






Sumber: Facebook

©2016, copyright Nur Ellena

Rabu, 22 Jun 2016

Peristiwa: Nuzul Al-Qur'an

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Sumber: Wikipedia

©2016, copyright Nur Ellena

Rabu, 15 Jun 2016

Gambar: Mengensot Mencari Anaknya

Ibu kucing ini diserang tanpa perikemanusian hanya kerana ia merayau-rayau di kawasan laman rumah orang lain. Seorang lelaki yang tinggal di kawasan kediaman itu telah melakukan keganasan terhadap haiwan ini dengan membalingnya ke arah sebuah treler.
Anak-anak kucing ini yang baru berusia seminggu telah diselamatkan oleh kumpulan pecinta haiwan yang beranggapan bahawa ibu kucing ini telah mati. Namun keesokkan harinya mereka melihat ibu kucing ini berada di tempat terakhir anak-anaknya ditinggalkan dengan cara mengensot badannya. Ini kerana ia telah mengalami kelumpuhan bahagian belakang badan dan hanya kaki hadapannya berfungsi.
Ibu kucing ini diselamatkan dan disatukan kembali dengan anak-anaknya. Namun, ibu kucing ini disahkan lumpuh untuk selama-lamanya.
Lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan kejadian ini telah ditahan oleh pihak berkuasa.






Sumber: The Dodo

©2016, copyright Nur Ellena

Rabu, 25 Mei 2016

Kenangan: Untuk Mu Ibu

Lirik lagu 'Exist' amat menyentu hati ini. Bertapa rindunya pada mu Ibu.Biarlah Lirik ini berbicara.

Exist – Untuk Mu Ibu 

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...
©2016, copyright Nur Ellena

Isnin, 7 Mac 2016

Info: Gerhana Matahari Separa 9 Mac 2016

Pada 9 Mac 2016 ini bermula ketika matahari terbit, akan terjadi fenomena gerhana matahari separa di seluruh Malaysia. Kali terakhir kita dapat menyaksikan fenomena ini ialah pada Januari 2010. Fenomena gerhana matahari terjadi apabila kedudukan bumi, matahari dan bulan berada di dalam kedudukan selari. Terjadinya gerhana matahari apabila bulan menghadang cahaya matahari ke bumi. Namun pada waktu ini hanya negara Indonesia sahaja akan mengalami gerhana matahari penuh.



Semenanjung Malaysia

Kangar – 8.25 pagi (67%)
Kuah – 8.25 pagi (67%)
Alor Setar – 8.25 pagi (68%)
Georgetown – 8.25 pagi (70%)
Ipoh – 8.24 pagi (73%)
Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)
Shah Alam – 8.24 pagi (79%)
Putrajaya – 8.24 pagi (80%)
Seremban – 8.24 pagi (81%)
Melaka – 8.23 pagi (83%)
Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)
Kuantan – 8.25 pagi (77%)
Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)
Kota Bharu – 8.26 pagi (68%)

Sabah & Sarawak

Kuching – 8.29 pagi (87%)
Sibu – 8.31 pagi (85%)
Bintulu – 8.33 pagi (82%)
Miri – 8.36 pagi (78%)
Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)
Sandakan – 8.42 pagi (75%)
Tawau – 8.41 pagi (81%)


©2016, copyright Nur Ellena

Khamis, 3 Mac 2016

Info: Dibayar Untuk Melancong Percuma

Adakah ini satu scam? Tidak, malah anda akan dibayar untuk melancong secara percuma selama dua minggu!
Adakah anda mempunyai akaun Instagram dan gambar-gambar yang menarik? Kini Netflix sedang mencari #Grammasters untuk melancong ke benua Eropah dan Timur Tengah selama dua minggu secara percuma dan dibayar $2000 seminggu.
Apa yang anda perlukan ialah 3 gambar terbaik anda berserta hastag #grammasters3 didalam akaun Instagram. Netflix mencari peminat rancangan TV dan wayang dan juga berkebolehan mengambil gambar yang menarik.
Tarikh tutup permohonan ini ialah pada 6 Mac 2016. Jadi, tunggu apa lagi!


Sumber: Grammasters Netflix

©2016, copyright Nur Ellena

Isnin, 29 Februari 2016

Peristiwa: Tahun Lompat

Hari ini adalah 29 Februari, dimana juga dikenali sebagai tahun lompat. Ia terjadi apabila tarikh 29 Februari ini hanya akan wujud setiap 4 tahun sekali! Bagi mengenal pasti tahun-tahun lompat ini, apabila tahunnya dibahagikan dengan 4 maka jawapannya tidak ada titik perpuluhan atau berbaki.

     Contohnya: 2016 / 4 = 504 (tidak ada titik perpuluhan atau berbaki)

Jumlah hari pada tahun lompat adalah 366 hari kerana pertambahan sehari pada hari ini kerana pada tahun-tahun biasa kita hanya mempunyai 365 hari dalam setahun.
 Google meraikan tahun lompat 2016 pada doodle mereka
 
©2016, copyright Nur Ellena

Khamis, 18 Februari 2016

Gambar: Untuk Yang Tersayang

Pakcik Kuroki dan isteri adalah antara pasangan petani yang hidup di kawasan pendalaman di Jepun. Malangnya, isterinya disahkan buta akibat penyakit kencing manis yang dihidapi. Hal ini mengakibatkan isterinya mengalami tekanan perasaan dan kemurungan. Pakcik Kuroki berusaha mencari kaedah bagi menceriakan kembali isterinya dan bermula pada saat itu, pakcik Kuroki mula membuat sebuah kebun bunga untuk menceriakan isterinya kembali. Dengan harapan bau-bauan bungaan yang terhasil menarik perhatian isterinya untuk kembali menikmati dunia luar dengan ceria. Setelah dua tahun hasil kerja keras pakcik Kuroki yang telah menanam jutaan pokok bunga dikebunnya telah menarik perhatian pengunjung yang ingin menyaksikan sendiri cerita cinta pakcik Kuroki terhadap isterinya.






Sumber: NewsFlow24

©2016, copyright Nur Ellena

Rabu, 17 Februari 2016

Melancong: Sapporo Yuki Matsuri 2016

Ia adalah upacara tahun yang diadakan ketika musim sejuk di Sapporo, Jepun. Disini saban tahun sekitar bulan Februari para pengukir ais dari seluruh negara Jepun menunjukkan kepakaran mereka mengukir ais dan salji. Kini ia menjadi upacara antarabangsa tahunan terbesar dengan penyertaan dari pelbagai negara seperti China, Amerika, Australia dan Kanada. Ia juga menarik jutaan pelancong dari dalam dan luar negara ke acara ini.






Sumber: The 67th Sapporo Snow Festival

©2016, copyright Nur Ellena

Jumaat, 15 Januari 2016

Gambar: Restoran Gua

Inginkan kelainan sambil menikmati hidangan makan malam anda? Sebuah restoran di Hotel Grotta Plazzese yang terletak di selatan Itali menawarkan keunikan yang tersendiri tatkala anda menikmati makan malam di sini. Makan malam ala 'candle lights dinner' anda juga lebih romantik dengan menikmati hembusan angin dan deruan ombak lautan Adriatic malah keunikan restoran ini juga memainkan perana kerana ia dibina dalam celahan gua di tepi laut.







©2016, copyright Nur Ellena

Selasa, 12 Januari 2016

Kreatif: Rezeki Selipar Buruk

Di negara Kenya, selipar buruk tidak dibuang begitu sahaja, malah sebuah syarikat Ocean Sole mengumpul dan mengitar semula selipar-selipar ini dengan membuat aneka kraftangan yang berwarna-warni. Hasil kerja tangan warga tempatan ini amatlah kreatif dan menarik dimana ia juga merupakan sumber pendapatan mereka.






Sumber: Ocean Sole

©2016, copyright Nur Ellena