Isnin, 12 November 2018

Pengalaman: Proses In Vitro Fertilisation (IVF) 5 (Menunggu keputusan)



29 April 2017 Pemindah emberio kedalam rahim, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Doktor suruh balik rumah dan rehat. Dua minggu lepas pemindahan emberio, pemeriksaan darah akan dibuat. Penantian yang mendebarkan .

Saya mengambil keputusan untuk mengambil cuti selama 2 minggu sementara menunggu keputusan darah, sama ada mengandung atau tidak.

Cerita pemindahan emberio, semasa pemindahan doctor masukkan 2 emberio. kalau ada rezeki dapatlah kembar :) Saya tak ada telor yang banyak yang boleh disimpan dalam bank hospital:) hanya 2 emberio tu sahaja harapan ibu... semoga rezeki itu milik ibu.

Penantian satu penyeksaan... bersabar dan berdoa.. Hari ke 5, 6, 7 selepas emberio dimasukkan dalam rahim, berlaku sedikit bleeding, perasan takut, riasu macam-macam lagi perasaan yang ada. Mungkin kah baby tak jadi...  saya beranikan diri untuk check guna (pregnancy test strip)   

8 May 2017 seminggu selepas emberio diamsukkan dalam rahim 
( Nampak macam ada 2 garisan tapi sangat kabur)
mengandungkah aku, tetapi tetap risau sebab ada darah keluar.

10 May 2017 ( Check lagi, nampak macam dah jelas sikit )
Hari ini, kena ke PPUM untuk check darah, awal-awal pagi keluar. proses kejap saja, lepas ambil darah jururawat suruh balik, dalam jam 2-3 ptg boleh call hospital untuk tahu keputusan darah tersebut.  Masa menunggu rasa terlalu panjang, tpi bila sampai masa 2 petang,,,,, rasa berdebar-debar pula :) . 

Pukul 2..30ptg, saya call PPUM, Alhamdulillah saya mengandung....

14 May 2017 ( Nampak dua garisan yang jelas, tapi masa ni dah tahu mengandung, suka-suka nak test juga, nak simpan gambar buat kenangan)

 25 May 2017 (scan pertama) 


6 Jun 2017 

Saya ambil cuti satu bulan hanya nak berehat kat rumah sahaja. 

Terima kasih Ya ALLAH
Terima kasih suami ku
Terima kasih staff gynae PPUM  yang terlibat dengan proses IVF

InsyaAllah kita sambung cerita lagi berkaitan dengan IVF

©2016, copyright Nur Ellena

Pengalaman: Proses In Vitro Fertilisation (IVF) 4


Salam semua, lamanya  tidak update blog. Maaf membuat pembaca tertanya-tanya adakah IVF telah dibuat atau tidak. 

Pertengahan bulan April 2017, saya start period, seperti biasa proses pemeriksaan dan scan dibuat bermula hari ke 3 period. Alhamdulillah, proses seterusnya boleh diteruskan. Doktor minta untuk beli ubat dan bag bekas ais untuk simpan ubat yang akan disuntik pada setiap hari. Bermulalah hari menyuntik ubat pada setiap hari di waktu sama. Ada hari-hari  saya akan ke PPUM untuk scan , untuk monitor keadaan telor adakah ianya sihat dan membesar dangan sihat :) Jika didapati perkembangan slow, dos ubat akan ditambah. Alhamdulillah dengan dos ubat yang sekarang dah cukup untuk meneruskan proses seterunya. Semasa scan, doctor dapati jumlah telor saya hanya ada 7 sahaja... selang beberap hari lg, sekali lagi scan hanya ada 5 saja telor yang elok dan aktif. Doctor tanya, sama ada saya ingin teruskan proses IVF sebab peluang agak tipis sebab jumlah telor yang sedikit sangat. Walaubagimanapun , dalam hati saya dah nekad akan teruskan juga walaupun hanya tinggal 1 saja telor. Saya percaya, jika rezeki, saya akan dapat. InsyaAllah. Tujuan doctor confirmkan tu sebab, bila dah sign untuk teruskan IVF, pembayaran akan dibuat penuh dan jika IVF tidak berjaya, bayaran dikira hangus dah. 

Pada hari yang ke-10 period sekali lagi kena scan, Alhamdulillah saiz telor memenuhi saiz yang sesuai untuk membuat IVF, ubat untuk pecahkan telor akan disuntik malam ni. 

Day 12 period pagi-pagi dah gerak ke PPUM, alhamdulillah jalan clear jer, sebab hari ahad :) Semoga hari ini dipermudahkan. Hanya berserah pada Allah. Dalam bilik menunggu ada saya seorang saja. Memandangkan bilik OT sebelah saja, boleh dengan doctor bercakap-cakap dan kira berapa telor yang di keluarkan. Seronok dengan doctor kira setiap kali telor dikeluarkan...15 semuanya... Rezeki kawan yang bernama Ida.  semoga saya juga dipermudahkan juga..

Ok, sampai giliran saya...berdebarlah juga. Tp saya tak sedar langsung bila masa telor dikeluarkan. rupa-rupanya kena bagi ubat tido . Bila dah sedar, doctor bagi tau saya hanya ada 3 saja telor yang dapat dikeluarkan, telor-telor yang lain tak aktif dan tak sesuai. Syukur Alhamdulillah.

17/4/17 - day 3 period (suntikan 1)
18/4/17 - day 4 (suntikan 2)
19/4/17 - day 5 (suntikan 3)
20/4/17 - day 6 (suntikan 4)
21/4/17 - day 7 (suntikan 5) + ( suntikan 1) + (scan 1)
22/4/17 - day 8 (suntikan 6) + ( suntikan  2)
23/4/17 - day 9 (suntikan 7) + ( suntikan 3)
24/4/17 - day 10 (suntikan 8) + ( suntikan 4) + (scan 2)
25/4/17 - day 11 (suntikan 9) 
26/4/17 - day 12 (suntikan 10) + (pickup telor)
29/4/17 - day 15 ( Emberio tranfer)

Jadual diatas, proses proses yang dijalankan apabila mulanya suntikan pertama hingga Emberio tranfer...

Lepas ni kita sambung...selepas pemindahan emberio ..



©2016, copyright Nur Ellena