Rabu, 2 Januari 2013

Pedoman: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit


Dalam melayari bahtera rumahtangga, kadang-kadang terasa bahagia dan
kadangkala rasa rumahtangga begitu membosankan. Umpama air laut, ada
pasang surutnya, ada masa tenangnya dan ada masa gelisah dilanda
ombak yang begitu kuat menghempas.

Sebagaimana pepatah Melayu mengatakan lidah dan gigi lagikan
tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Walau bagaimana
agungnya cinta yang dibina dan walau bagaimana erat kasih sayang
yang dijalin dan dipupuk, seperti juga hubungan di antara lidah dan
gigi mencerna makanan, walau rapat sekalipun namun sesekali tergigit
juga.

Pertelingkahan kecil atau ada rasa ! tidak puas hati di antara suami
isteri memang perkara yang mudah berlaku. Tapi kalau dibiarkan
berlarutan dan tidak dibendung segera, pertelingkahan kecil akan
jadi besar dan akhirnya mengakibatkan kehancuran pada sesebuah
rumahtangga.

Seperti ombak kecil, ia hanya akan mengakibatkan kapal terumbang
ambing. Tapi kalau ombak sudah besar, mungkin kapal akan ditelannya.
Pertelingkahan atau rasa tidak puas hati jangan dibiarkan
berlarutan. Tapi sebaliknya hendaklah segera dibendung dan dibaiki
oleh kedua-dua belah pihak agar jangan sampai penyakit yang sudah
parah baru kelam-kabut hendak dicarikan ubatnya.

Bagi mengelakkan sengketa jadi besar, perkara awal yang perlu
dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak ialah dengan memeriksa atau
mengkoreksi diri sendiri, apakah punca pertelingkahan itu berlaku?
Kajilah, mungkin salah seorang atau kedua-duanya sekali ada terbuat
dosa samada di dalam atau di luar rumah, yang zahir mahu pun yang
batin. Kadang-kadang dosa yang tanpa disedari itulah yang menjadi
hijab dalam mewujudkan ketenangan dan sakinah dalam rumahtangga.

Kalau suami atau isteri telah berbuat dosa keadaan begini boleh
berlaku: Suami pulang ke rumah untuk bertemu dengan isteri. Tentu
pulang dalam keadaan letih dan lesu setelah seharian mencari nafkah
atau berjuang di tengah masyarakat. Tanpa diduga atau disedari tiba-
tiba rasa hendak marah pada isteri yang mungkin tidak sempat hendak
berhias atau melihat anak-anak yang tidak terurus.

Manakala si isteri pula bila lihat suami yang balik dalam keadaan
marah-marah, ia merasa seolah-olah suami sudah tidak menyukai dan
menyayanginya lagi. Maka timbullah rasa hambar dan dinginnya
rumahtangga yang telah dibina sekian tahun.

Isteri pula kalau merasa dirinya tidak dihargai lagi, mulalah ia
memendam rasa. Maklumlah fikiran wanita singkat dan dunianya tidak
seluas lelaki. Ma! salah yang kecil itu dirasakan cukup berat lebih-
lebih lagi bila berhadapan dengan kerenah anak-anak dan kerja rumah
yang tidak pernah selesai. Fikirannya akan bertambah terhimpit dan
jiwanya makin menderita.

Lantaran terlalu lama memendam rasa akhirnya pecah terburai juga
segala isi hati yang dipendam selama ini. Bagi isteri yang lembut
mungkin dilepaskan geramnya dengan kata-kata dan nada memujuk tapi
sungguh sinis, tajam dan berbisa sekali. Dan yang lebih dahsyat
sekali dihamburkan pada suaminya dengan kata-kata yang kesat, pedas
dan kasar. Yang penting hatinya puas. Suami yang tidak mahu sengketa
itu berpanjangan mungkin mengambil sikap segera mengalah. tapi
sebenarnya hatinya sungguh terluka dibuat begitu.

"Wahai para isteri, adakah kamu sudah lupa bahawa redha suami
bermakna redha Allah? Kalau hati suami sudah luka apakah kamu akan
mendapat keredhaan Allah? Ingatlah, Rasulullah pernah tangiskan
bahawa pe! nghuni neraka kebanyakan adalah wanita yang derhaka pada
suaminya.

Kenapa harus tersinggung pada suami walaupun benar suami yang
bersalah? Setiap isteri harus memahami bahawa setiap apa yang
berlaku semuanya dalam perancanaan Allah walaupun perkara itu kita
suka atau tidak. Mungkin dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak
itulah yang menyebabkan sengketa itu terjadi. Allah hukum melalui
tindakan suami yang menyinggung hati. Allah datangkan masalah itu,
sebenarnya sebagai penghapusan dosa yang telah kita lakukan. Hukuman
dari Allah ini adalah sebagai tanda kasih sayang dari-Nya supaya di
akhirat kelak kita tidak akan dihukum lagi.

Untuk itu kita kenalah selalu bertaubat dan mengawasi diri kita dari
terjebak dengan dosa samada dosa lahir atau batin. Rasulullah saw
seorang yang maksum lahir dan batin terpelihara dari dosa sentiasa
bertaubat sehari semalam 100 kali. Lebih-lebih lagi muka macam kita
yang sentias! a bergelumang dengan dosa dan maksiat. Oleh itu kita
kena selalu menangis dan mengenang dosa kita. Dan Yakinlah setiap
yang berlaku itu terkandung seribu hikmah di sebaliknya.

Sekiranya kita telah rasa bersalah segeralah mencari jalan dengan
meminta maaf dan memberi maaf pada suami akan ketelanjuran kita itu.
Lebih-lebih lagi orang yang banyak jasa pada kita, kenapa harus kita
menyusahkannya? Carilah jalan supaya suami kembali redha pada kita
dengan berbuat apa sahaja yang disukai.

Ketika itu pertelingkahan kecil dalam rumahtangga selalunya akan
membawa kepada kemesraan hubungan suami isteri yang lebih tinggi.
Setelah diuji, Allah datangkan pula nikmat dalam rumahtangga.
Setelah sengsara berlalu akan datanglah bahagia. Setelah puas
menangis kerana menanggung luka di hati, akan datang pula kasih
sayang, perhatian dan pujukan dari suami.


Raumahtangga akan kembali tenang dan bahagia. Dan ketika itu jadilah
rumahtangga sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah saw iaiatu
rumahtanggaku adalah syurgaku.







©2012, copyright Nur Ellena

Pedoman: Doa Seorang Isteri

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha



Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu




Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati


Amin Ya Rabbi Allamin..


©2012, copyright Nur Ellena

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Datang 2013


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Saya berharap tahun 2013 ini akan memberikan lebih kebahagian dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Semoga kita semua akan diberkati, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. InsyaAllah.

©2012, copyright Nur Ellena