Rabu, 10 Julai 2013

Info: Selamat Datang Wahai Ramadhan

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Saya juga ingin memohon maaf jika ada sebarang kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang saya mengendalikan laman blog ini kerana manusia tidak akan lari daripada melakukan kesalahan. Semoga puasa serta amalan kita tahun ini lebih dari tahun-tahun sebelumnya. Amin.



©2013, copyright Nur Ellena

Gambar: Heracleion - Tamadun Yang Tenggelam

Bandar purba yang ditemui di Mesir ini merupakan bandar yang terkenal sebagai tempat perlabuhan dan perdagangan sebelum era Alexandria 331 SM. Bandar Thonis-Heracleion yang ditemui semula akibat ditelan lautan ini juga dipercayai merupakan pusat keagamaan kerana penemuan kuil Amun yang memainkan peranan penting dalam sosial masyarakat Mesir.






Sumber: Frank Goddio - Sunken Civilizations

©2013, copyright Nur Ellena

Jumaat, 5 Julai 2013

Gambar: Lautan Alga Hijau

Kejadian yang berlaku di Qingdao, China ini menyebabkan pantainya di penuhi dengan alga dan rumpai laut yang agak tebal. Rumpai laut yang tidak beracun ini telah 'menyerang' pantai tersebut beberapa hari lepas dan menyebabkan pihak berkuasa tempatan terpaksa memindahkan sebanyak 20,000 tan rumpai laut.






Sumber: Yahoo

©2013, copyright Nur Ellena