Rabu, 6 November 2013

Kreatif: Death Star Cube di Lyon, Perancis

Peminat Star Wars pasti teruja dengan reka bentuk bangunan ini yang menyerupai rekabentuk Death Star dalam filem tersebut. Bangunan ini merupakan sebuah kompleks komersial dan kebudayaan yang direka oleh firma arkitek Jacob + Macfarlane di Paris.






Sumber: Inthralld

©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 4 November 2013

Gambar: Jambatan Perahu

Kaedah yang digunakan oleh penduduk di Dhaka, Banglades untuk menyeberangi sungai Buriganga ialah dengan menggunakan susunan perahu sebagai jambatan. Kehadiran pokok keladi bunting yang terlampau banyak menghalang para pengusaha perahu tambang ini untuk bergerak di sungai tersebut. Sebagai alternatif, pemilik perahu membina jambatan dengan mengabungkan perahu-perahu mereka dan mengenakan sedikit bayaran untuk tujuan tersebut sebagai sumber pendapatan.






Sumber: Pix Grove

©2013, copyright Nur Ellena