Dia mengabadikan karya seninya pada buku. Bukan mengarang atau menulis buku tetapi beliau mengukir buku tersebut. Dari hasil seninya terciptalah sebuah ukiran landskap yang indah.
Perayaan musim sejuk Harbin yang terletak di utara China dengan menjadikan ais dan salji sebagai medium pelbagai ukiran raksasa yang menarik. Perayaan pada tahun ini bermula pada 5 Januari yang lalu. Pelbagai ukiran dan replika dibangunan menggunakan ketulan ais dan salji.
Syarikat pembekal peralatan kenderaan Canada Tire telah membuat sebuah trak daripada bongkah ais yang boleh dipandu bagi menguji daya ketahanan bateri MotoMaster Eliminator yang dibekukan pada tahap suhu -49°C dan kemudian digunakan untuk menghidupkan trak ais ini.