Rabu, 22 Januari 2014

Gambar: Bilik Deluxe di Icehotel

Dengan kerjasama kakitangan BMW Group dan MINI, mereka bersama membina sebuah bilik deluxe di Icehotel jukkasjärv bagi musim sejuk sesi 2013/14. Bilik yang berkeluasan 445 kaki persegi ini adalah merupakan bilik yang terbesar pernah dibina di hotel ini. Ia dilengkapi dengan ruang sauna sendiri. Pengunjung yang menginap disini berpeluang untuk belajar cara-cara mengukir ais daripada pengajar professional dan juga berpeluang untuk mencuba MINI pacuan 4 roda sebagai sebahagian pakej yang ditawarkan.





Sumber: Icehotel

©2014, copyright Nur Ellena

Selasa, 21 Januari 2014

Kreatif: Ada Yang Mahu?

Ia adalaha hasil karya seni oleh Jitish Kallat yang berasal dari Mumbai, India. Merupakan sebuah kenderaan yang boleh di katakan agak menakutkan rekabentuknya. Senibinanya adalah berbentuk tulang temulang dan seakan-akan bentuk seekor makhluk asing. Hasil seninya kini boleh dilihat di Art Stage Singapore. Proton dan Perodua berminat tak?






©2014, copyright Nur Ellena

Khamis, 16 Januari 2014

Kreatif: Kotak Kabel

Di Auckland, New Zealand, sebuah syarikat telekomunikasi memberi kebenaran kepada seorang pereka grafik yang juga merupakan artis jalanan untuk memberikan sentuhan seninya pada kotak kabel mereka. Mari lihat hasil tangannya.





Namun di negara kita Malaysia tidak kurang hebatnya walaupun tidak diberikan kebenaran oleh mana-mana pihak sekali pun. Hanya di Malaysia.


Sumber: Paul Walsh

©2014, copyright Nur Ellena