Isnin, 28 April 2014

Info: The Beast

Kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia bukan sahaja membawa pesawat Air Force One ke sini. Malah, ia juga membawa kenderaan rasmi Presiden Amerika ini juga yang dikenali 'The Beast'. Kereta yang berharga dalam lingkungan USD1.5 juta ini dilengkapi dengan pelbagai aset keselamatan bagi memberi pelindungan kepada orang nombor 1 di Amerika ini.




©2014, copyright Nur Ellena

Ahad, 27 April 2014

Gambar: Pemburu Sarang Lebah Gunung Himalaya

Sekumpulan lelaki Nepal mencari rezeki dengan mencari dan mengambil sarang lebah madu di kaki gunung Himalaya, Nepal. Dengan hanya menghasilkan kepulan asap dari dedaun pohon yang dibakar serta muka yang hanya dibaluti kain untuk menghalang serangan lebah, mereka tetap gigih berusaha mencari. Hanya menggunakan tangga yang diperbuat daripada buluh dan tali untuk mencapai dan mengambil sarang lebah ini.











©2014, copyright Nur Ellena

Jumaat, 25 April 2014

Gambar: Pangkalan Tentera Laut Bawah Tanah Muskö

Muskö terletak di negara Sweden yang merupakan pangkalan tentera laut bawah tanah yang terbesar didunia. Pangkalan ini dibina di bawah gunung batuan granit yang dikatakan benteng pertahanan terkuat dari sebarang serangan musuh. Didalamnya mempunyai dermaga yang mencapai jarak panjang 350 meter. Banyak fasiliti lain juga dibangunkan didalam pangkalan ini antaranya tempat membaiki kapal, berek, kedai makan dan juga hospital tentera yang mampu memuatkan sehingga 1000 buah katil.









©2014, copyright Nur Ellena