Khamis, 8 Oktober 2015

Gambar: Jambatan Kaca Retak

Jambatan gantung yang dibina di China dikatakan mengalami keretakan pada lantai kacanya. Jambatan kaca ini merupakan jambatan kaca tertinggi dan terpanjang di dunia. Dengan jaraknya  sejauh 380 meter dan pada ketinggian 300 meter di atas lembah Taman Negara Zhangjiajie, berita keretakkan lantai kaca pada jambatan ini tentu saja mengundang perasaan gerun kepada para pengunjungnya.






Sumber: Maxim

©2015, copyright Nur Ellena

Rabu, 7 Oktober 2015

Gambar: Gua Marmar, Patagonia, Chile

Gua marmar ini dikatakan merupakan gua tercantik di dunia. Biasan biru air tasik Carrera menyerlahkan lagi keunikan corak batu-batu marmar didalam gua ini. Pengunjung boleh meneroka gua ini menggunakan sampan atau kayak tapi hanya pada waktu air tasik ini tenang dan tidak bergelora.







©2015, copyright Nur Ellena

Sabtu, 12 September 2015

Sejarah: Katzenklavier

Apa tu? Katzenklavier adalah perkataan dalam bahasa Jerman yang bermaksud Piano Kucing (Cat Piano). Bukan piano untuk kucing bermain. Akan tetapi piano ini dihasilkan melalui bunyi suara kucing. Ia dicipta sekitar kurun ke 18 dan 19, yang mana alat muzik ini diletakkan beberapa ekor kucing didalamnya dan ekor setiap kucing ini akan ditarik ke bawah papan kekunci piano. Apabila papan kekunci piano ini ditekan kucing-kucing ini akan mengiau kesakitan akibat ekornya di kepit. Kucing-kucing ini disusun mengikut turutan nada suara mereka. Kejamnya!

La Nature, 1883


©2015, copyright Nur Ellena