Isnin, 12 Oktober 2015

Gambar: Pengalaman Dari Sebuah Kayak

Tomasz Furmanek adalah seorang yang suka mengembara menggunakan kayak dan beliau juga merupakan seorang jurugambar aktiviti lasak. Sejak 3 tahun lalu, beliau mula mengambil gambar sambil berkayak yang mempunyai permandangan alam semulajadi yang cantik dan menarik. Kebanyakkan gambar yang diambil olehnya mengunakan kamera GoPro atau kompak kamera miliknya. Namun, apabila kita melihat hasilnya, gambar-gambar milik beliau yang amat cantik dan memukau.







©2015, copyright Nur Ellena

Khamis, 8 Oktober 2015

Gambar: Jambatan Kaca Retak

Jambatan gantung yang dibina di China dikatakan mengalami keretakan pada lantai kacanya. Jambatan kaca ini merupakan jambatan kaca tertinggi dan terpanjang di dunia. Dengan jaraknya  sejauh 380 meter dan pada ketinggian 300 meter di atas lembah Taman Negara Zhangjiajie, berita keretakkan lantai kaca pada jambatan ini tentu saja mengundang perasaan gerun kepada para pengunjungnya.






Sumber: Maxim

©2015, copyright Nur Ellena

Rabu, 7 Oktober 2015

Gambar: Gua Marmar, Patagonia, Chile

Gua marmar ini dikatakan merupakan gua tercantik di dunia. Biasan biru air tasik Carrera menyerlahkan lagi keunikan corak batu-batu marmar didalam gua ini. Pengunjung boleh meneroka gua ini menggunakan sampan atau kayak tapi hanya pada waktu air tasik ini tenang dan tidak bergelora.







©2015, copyright Nur Ellena