Selasa, 17 November 2015

Gambar: $1 Dollar Atas Setiap Hinaan

Menjadi seorang wanita Muslim yang pada mulanya dilahirkan dalam keluarga Kristian, Susan Carland juga tidak terlepas daripada menerima pelbagai hinaan dan cacian daripada golongan yang membencikan Islam. Setelah beliau mencuba pelbagai cara untuk mengelak daripada golongan ini, akhirnya beliau menemui satu cara yang paling berkesan iaitu beliau menderma $1 dollar kepada UNICEF diatas setiap hinaan yang beliau terima. Ironinya idea beliau mula memberi kesan kepada golongan yang lain untuk mengikut cara beliau menderma untuk menangani pembuli alam maya.




Sumber: The Age
Twitter: Susan Carland

©2015, copyright Nur Ellena

Khamis, 12 November 2015

Gambar: Istana Musim Salji

Musim salji kian hampir terutamanya bagi negara-negara yang mempunyai 4 musim. Kita di negara khatulistiwa hanya mampu merasai musim dingin jika berpeluang menjejakkan kaki ke negara tersebut. Berikut kita saksikan keindahan gambar-gambar istana di negara 4 musim ini ketika musim salji.

Istana Alcazar Segovia, Sepanyol

Istana Neuschwanstein, Bavaria, Jerman

Istana Bran, Bucharest, Romania

Istana Chateau de Pierrefonds, Perancis

Istana Bled, Slovenia

©2015, copyright Nur Ellena

Selasa, 3 November 2015

Gambar: Kisah Poly Si Anjing Buta

Poly adalah seekor anjing betina jenis Pitbull yang buta kedua-dua belah matanya. Namun malang bagi Poly apabila ditinggalkan begitu sahaja di sebuah taman di Santa Barbara. Ketika ditemui dan diselamatkan oleh Santa Barbara Country Animal Services, Poly mempunyai masalah dengan penyakit kulit malah dipercayai Poly baru sahaja melahirkan anak. Malangnya, pihak yang menyelamatkannya gagal menemui semula anak-anak Poly. Pihak Santa Barbara Country Animal Services kini menempatkan Poly dirumah angkat sementara menunggu keluarga yang sanggup mengambil dan memeliharanya. Bagi meringankan beban mereka untuk menampung kos veterinar Poly, mereka telah menubuhkan sebuah tabung amal untuk rawatan Poly.


Tabung amal Poly - PolyBlindPibble
Facebook Poly - https://www.facebook.com/PolyBlindPibble

©2015, copyright Nur Ellena