Rabu, 24 April 2013

Gambar: Billy Si Kucing Yang Sesat

Cerita ini mengisahkan bagaimana kasih sayang seekor kucing sesat, Billy yang menolong Fraser seorang budak lelaki autism yang berumur 4 tahun. Fraser Booth disahkan mempunyai menghidap autism ketika berusia 18 bulan. Fraser boleh berkomunikasi seperti mana kanak-kanak yang lain dengan ibubapanya. Bagaimanapun, tingkah laku Fraser lebih terarah kepada melepaskan kemarahan, histeria dan kemerosotan mendadak dalam percakapan. Setiap kesilapan kecil atau apa-apa tindakan yang tidak di sukainya akan mengundang kemarahan yang tidak dapat di kawal. Kehadiran Billy seekor kucing yang sesat dan diabaikan oleh tuannya terdahulu sebelum di selamatkan oleh rumah perlindungan haiwan telah menceriakan Fraser. Apa sahaja yang dilakukan oleh Fraser seperti tidur dan bermain, Billy setia menemaninya. Ia bagaikan memberi ketenangan buat Fraser.







Sumber: Daily Mail UK
Apakah Itu Autism? Klik Sini

©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 23 April 2013

Kreatif: Terowong Stesen Keretapi Bawah Tanah

Ia digelar sebagai galeri seni terpanjang di dunia. Para pengiat seni lukisan, ukiran dan rekaan diberikan peluang mengubah pemandang 90 daripada 100 terowong stesen keretapi bawah tanah di Stockholm, Sweden.






Sumber: Stockholm Metro Subway

©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 22 April 2013

Kreatif: Koleksi Buat Sendiri (DIY)

Beberapa produk boleh dihasilkan dengan menggunakan kadboard kitar semula. Merupakan sebagai koleksi buat sendiri (Do It Yourself), mereka hanya perlu mengikut arahan yang telah diberikan untuk membina produk tersebut.

Jam Rusa

Pembesar Suara Gajah

 Lampu Zirafah

Bekas Pen Badak Sumbu

Sumber: Eduardo Alessi

©2013, copyright Nur Ellena