Rabu, 11 September 2013

Kreatif: Makhluk Asing Di Angkasa

Gambar-gambar ini asalnya diambil daripada gambar angkasa lepas NASA, yang kemudiannya telah diubah mengikut imaginasi dan kreativiti seorang illustrator dari London. Bukan NASA benar-benar telah berjaya mengambil gambar makhluk asing ye.






Sumber: Chris Keegan

©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 10 September 2013

Gambar: Hutan Buluh Sagano

Jika anda berpeluang berkunjung ke negara Jepun, jangan lupa ke Kyoto. Disana terdapat satu kawasan hutan yang dipenuhi dengan pohon-pohon buluh. Susunan pepohon buluh yang teratur menjadi tarikan pengunjung untuk mengunjungi kawasan ini dan fakta yang paling menarik ialah apabila ada tiupan angin, ia menyebabkan pohon-pohon buluh ini seakan-akan mengeluarkan bunyi siulan. Yang menariknya ialah bunyi yang terhasil ini telah diiktiraf oleh kerajaan Jepun sebagai salah satu diantara seratus bunyi yang perlu diperlihara di Jepun. Buluh amat senonim dengan budaya Jepun dan digunakan sebagai antara bahan utama untuk membuat pelbagai produk.






Sumber: Amazing Places on Earth

©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 9 September 2013

Gambar: Pantai Menjadi Merah Darah

Setiap kali musim luruh tiba, lautan biru di sebuah kawasan di Wilayah Panjin, China bertukar menjadi warna merah darah. Fenomena ini disebabkan oleh sejenis tumbuhan alga (seepweeds) yang meliputi keluasan pantai ini yang mula membiak sekitar April dan bertukar warna dari hijau kepada merah darah ketika tiba musim luruh.





Sumber: Top Amazing Places
©2013, copyright Nur Ellena