Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Datang 2014

Alhamdulillah sekali lagi kita dapat bertemu dengan tahun yang baru dan sekali lagi umur kita semua bakal bertambah. Semoga dengan pertambahan usia ini juga bertambahlah kebahagian kita, bertambahlah amalan kita, bertambahlah segala kenikmatan yang kita kecapi dan jangan lupa tambahkanlah juga kesyukuran kita terhadap Yang Maha Pencipta di atas segala keberkatan-Nya. Salam 2014.

Google juga menyambut kedatangan tahun baru dengan cara mereka sendiri. Bagi saya ada kelucuannya juga.

Ketika 2013







Bila datang 2014







©2014, copyright Nur Ellena

Selasa, 31 Disember 2013

Kreatif: Kitar Semula Komputer

"Semuanya adalah bahan 100% kitar semula yang diperolehi dari sekolah dan pejabat yang ingin melupuskan perkakasan komputer mereka" itulah yang dinyatakan oleh pereka bahan kitar semula ini Benjamin Rollins Caldwell. Dengan mengabungkan kesemua perkakasan komputer untuk membentuk perabot kitar semula. Agak menarik namun jika di rumah anda mempunyai insan-insan kecil, harus berfikir beberapa kali untuk membuatnya kan?






Sumber: BRC Designs

©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 30 Disember 2013

Gambar: Makhluk Apakah Ini?

Mungkin itu antara pertanyaan yang menerjah dibenak minda tatkala bila anda melihat gambar-gambar dibawah kan? Ia sebenarnya adalah beberapa spesis ikan yang dimasukkan pewarna (dye) bagi memperlihatkan struktur anatomi ikan-ikan tersebut.






Sumber: Picturing Sciene

©2013, copyright Nur Ellena