Khamis, 30 Januari 2014

Gambar: Ikan Laga

Visarute Angkatavanichis adalah seorang jurugambar yang juga adalah peminat ikan laga. Ikan yang mudah ditemui ditakungan air samada dibendang padi atau paya di kebanyakkan negara asia tenggara termasuk Malaysia. Setiap ikan laga mempunyai ciri keunikan dan kecantikannya yang tersendiri. Ikan yang terkenal dengan sifat agresifnya akan mengembang dan mempamerkan siripnya yang pelbagai corak dan warna bagi menakutkan musuhnya.






©2014, copyright Nur Ellena

Rabu, 29 Januari 2014

Kreatif: Lukisan Metamorfis

Octavio Ocampo dilahirkan pada 28 Februari 1943 di Celaya, Guanajuato, Mexico. Beliau dibesarkan di dalam sebuah keluarga perekacipta dan mempelajari seni dari seawal umur kanak-kanak lagi. Di sekolah seninya, Ocampo mereka dan membina patung-patung perarakan untuk perhiasan yang digunakan semasa perarakan karnival dan perayaan-perayaan lain. Ketika di sekolah tinggi, Ocampo menghasilkan lukisan cat mural untuk Sekolah Persediaan dan Dewan Bandaraya Celaya. Artis yang berbakat ini bukan sahaja mahir mengecat, beliau juga mahir dalam membuat ukiran, seni lakonan dan tarian. Hanya pada pertengahan 70-an yang beliau menumpukan pada seni lukisan dan arca. Ocampo mengelarkan gaya lukisannya sebagai lukisan metamorfis.






Sumber: Octavio Ocampo

©2014, copyright Nur Ellena

Selasa, 28 Januari 2014

Kreatif: Pengukir Besi

Jarang sekali seorang artis berkebolehan untuk mewujudkan kerja-kerja seni yang membangkitkan banyak emosi, meninggalkan yang melihat terpaku pada hasil kerjanya. David Kracov telah mencapai pada tahap ini untuk mewujudkan ukiran yang meninggalkan  kenangan kesan. Akan tetapi bagi David, setiap satu adalah karya peribadi kepada bagaimana kehidupan memberi kesan seninya.







Sumber: David Kracov

©2014, copyright Nur Ellena