Ahad, 31 Mei 2015

Gambar: Roux Si Kucing Lincah

Masih ingat lagi cerita tentang seekor kucing jalanan bernama Hero yang menjadi mangsa kerakusan manusia binatang yang sanggup memotong kakinya seketika dulu? Walaupun Hero telah tiada, namun ceritanya sentiasa menyentuh hati para pecinta haiwan. Baca di sini.

Namun, lain pula dengan Roux, kucing ini dilahirkan cacat tanpa kedua-dua belah kaki hadapannya. Akibat kesukaran untuk menguruskan dirinya, pemilik asal kucing ini telah menyerahkannya kepada rumah pelindungan haiwan. Ini disebabkan mereka tidak lagi sanggup untuk menguruskan Roux. Namun, Jackie Deak Akey yang bekerja pegawai veterinar telah mengambil Roux dan memeliharanya. Kini Roux bukan sahaja comel dan lincah, malah dia juga mempunyai pengikut Instagramnya seramai lebih dari 113,000 pengikut! Mari kita lihat gambar-gambar Roux yang comel ini.







©2015, copyright Nur Ellena

Khamis, 28 Mei 2015

Kreatif: Lukisan Ilusi

Robert Gonsalves terkenal sebagai seorang penghasil karya seni ilusi optik. Mengagumi karya-karya Salvador Dali dan Rene Magritte dan mula mengkajinya pada usia seawal 12 tahun. Mari kita lihat hasil lukisan beliau.





Sumber: Robert Gonsalves

©2015, copyright Nur Ellena

Selasa, 26 Mei 2015

Kreatif: Ecocapsule

Ecocapsule adalah rumah mudah alih yang menawarkan satu pengalaman yang tidak ada pada kediaman biasa. Ia mudah alih dan fleksibiliti, sesuai untuk pelbagai fungsi: dari stesen penyelidikan atau rumah persinggahan pelancong atau rumah pada waktu kecemasan. Ecocapsule bergantung pada kincir angin dan tenaga solar sebagai sumber elektrik dan air hujan sebagai sumber air. Berkeluasan 8 meter persegi, ia dapat menampung sehingga dua orang. Ia dilengkapi dengan dapur, tandas dan bilik mandi.






Sumber: Ecocapsule

©2015, copyright Nur Ellena