Khamis, 22 Oktober 2015

Gambar: Stesen Keretapi Bawah Tanah

David Burdeny mungkin merupakan individu pertama yang dibenarkan merakamkan gambar-gambar bangunan stesen keretapi bawah tanah di Rusia setelah ia menamatkan masa operasi keretapi. Kebanyakkan stesen-stesen keretapi ini mula di buka pada tahun 1935, yang mana seni binanya banyak memaparkan elemen-elemen propaganda era Soviet. Banyak arca-arca, mural dan seni bina era pemerintahan Lenin boleh dilihat jika anda mengujungi stesen keretapi bawah tanah Rusia.






Sumber: David Burdeny
 
©2015, copyright Nur Ellena

Jumaat, 16 Oktober 2015

Gambar: 27 Hari Laluan Ke Perut Bumi

Krubera Cave diiktiraf sebagai gua terdalam di dunia dan dikatakan laluan menuju ke perut bumi. Kedalaman lubang gua ini mencecah lebih daripada 7,208 kaki kedalaman (2,197m). Terletak di kawasan bekas Republik Soviet Georgia, ia merupakan satu-satunya gua yang mencapai kedalaman lebih dari 2,000 meter dan mengambil masa sehingga 27 hari untuk peneroka sampai ke dasarnya.






Sumber: ViralSpell

©2015, copyright Nur Ellena

Khamis, 15 Oktober 2015

Gambar: Jill Si Tupai

Jill adalah seekor tupai yang diselamatkan oleh manusia setelah ia terjatuh dari sarangnya ketika dilanda ribut taufan. Semenjak itu, ia menjadi haiwan peliharaan penyelamatnya dan tinggal bersama. Yang menariknya, Jill juga mempunyai akaun instagramnya sendiri this_girl_is_a_squirrel yang mempunyai lebih 40 ribu yang mengikuti perkembangannya. Wow!







©2015, copyright Nur Ellena