Rabu, 25 November 2015

Gambar: Pantulan dari Korea Selatan

Jaewoon U yang berasal dari Seoul, Korea Selatan mempunyai bakat seorang jurugambar. Mampu mengambil gambar pemandangan yang amat hebat bagi mengambarkan kecantikan yang ada di negaranya Korea Selatan. Gambar pemandangan yang diambil olehnya amat mempersonakan dan mampu menarik anda untuk pergi ke negara Korea ini.






Sumber: Jaewoon U

©2015, copyright Nur Ellena

Selasa, 24 November 2015

Gambar: Hadiah Untuk Gelandangan

Bulan November semakin hampir ke penghujungnya. Di negara yang mempunyai kitaran 4 musim, kini musim sejuk yang mendinginkan bakal melanda negara mereka. Di sebuah pekan di Halifax Kanada, Tara Smith-Atkins mengajak anak perempuannya dan kawan-kawan mereka mengumpul baju-baju tebal bagi musim sejuk yang tidak lagi diperlukan oleh penduduk sekeliling. Ia bertujuan untuk diberikan kepada gelandangan yang memerlukannya. Ini sedikit sebanyak membantu golongan tidak berumah ini mengharungi musim sejuk yang bakal tiba.



 



Sumber: CBC News

©2015, copyright Nur Ellena

Isnin, 23 November 2015

Gambar: Adakah Tidur Mereka Selena Tidurmu?

Magnus Wennman adalah seorang fotojurnalis dari Stockholm, berkongsi beberapa gambar yang bakal meruntun jiwa kita. Gambar-gambar yang mengambarkan nasib malang pelarian Syria terutamanya yang masih kanak-kanak. Yang masih mentah mengenal tentang kehidupan dan masa depan akibat konflik peperangan yang melanda negara-negara di Timur Tengah sekarang. Adakah tidur mereka selena tidurmu?

Fara, berusia 2 tahun

Ahmed, berusia 6 tahun

 Abdullah, berusia 5 tahun

Ralia, berusia 7 tahun dan Rahaf, berusia 13 tahun

Lamar, berusia 5 tahun


©2015, copyright Nur Ellena