Ilmu menemukan mereka dengan kebenaran Islam dan kekuasaan Allah. Menerusi hasil kajian mereka, Allah membuka pintu hati mereka untuk melihat kebesaran-Nya.
Maurice Bucaille - Hasil kajian ke atas jasad Fir'aun
Dalam pengkajiannya, dia terkejut setelah menemukan sisa-sisa garam yang melekat pada jasad mumia firaun adalah bukti terbesar bahawa dia telah mati kerana tenggelam. Sedangkan berita ini telah dibicarakan kaum muslimin sejak dahulu lagi, bagaimana ianya boleh berlaku..??
Jacques Yves Costeau - Keajaiban Dalam Lautan
Seorang ahli selam Perancis untuk suatu dokumentari. Saat-saat pelik apabila dia menemukan mata air di dasar laut dimana ianya bersifat tawar dan sedap. Apa yang peliknya, air tersebut tidak bercampur dengan air masin dan seolah-olah ada dinding yang memisahkan kedua-dua air tersebut. Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim dan menceritakan fenomena ganjil itu kepadanya. Profesor tersebut lalu teringat ayat Alquran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez.
Demitri Bolykov - Terbitnya matahari dari barat
Dari hasil kajiannya sebagai seorang ahli fizik, dia mempercayai bahawa suatu masa nanti matahari akan terbit melalui barat.
Dr.Fidelma O’Leary - Rahsia sujud dalam solat
Penemuannya bahawa ternyata darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia secara sempurna kecuali ketika seseorang tersebut melakukan sujud dalam solat. Bererti, kalau manusia tidak menunaikan ibadah solat, otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Profesor William - Tumbuhan yang bertasbih
Menemui getaran halus ultrasonik yang tertransfer dari alat perakam menggambarkan garis-garis yang membentuk lafaz Allah dalam layar.
Sumber: Disini
©2013, copyright Nur Ellena
Tiada ulasan:
Catat Ulasan