Isnin, 25 Februari 2013

Pedoman: 50 tips untuk membina keluarga yang bahagia -Dr Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.


11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.


21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.


41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.



©2013, copyright Nur Ellena

Kreatif: Bagaikan Buku Bercahaya

Mungkin pernah anda dengar, ilmu adalah pelita hidup (cahaya) dan untuk mendapatkan ilmu, kita kenalah rajin-rajin membaca. Dengan kecangihan teknologi terkini, kita bagaikan dapat melihat cahaya dari 'buku' ini menyinari. Namun, ia bukanlah cahaya yang penuh dengan ilmu tapi ia adalah hasil kreativiti lampu mudah alih yang seperti buku dan bercahaya apabila di selak.









Sumber: Lumio

©2013, copyright Nur Ellena

Jumaat, 22 Februari 2013

Info: Senyumlah


Senyum adalah sesuatu yang mudah tetapi berat untuk diamalkan. Indahnya di dalam Islam, senyum merupakan suatu amal kebajikan kerana melakukannya merupakan suatu ibadah sedekah.
Berikut adalah kelebihan bersenyum :
1. Senyum menyebabkan kita kelihatan lebih cantik atau handsome! Betul tak?
2. Senyum mampu mengubah 'mood' kita kepada yang lebih positif dan bertenaga.
3. Senyum mengurang atau menghilangkan tekanan atau stress. Anda pernah cuba?
4. Senyum memantapkan sistem imunisasi badan kita. Maka badan kita akan lebih tahan terhadap penyakit.
5. Senyum menyebabkan anda kelihatan lebih muda!

Sumber: I Luv Islam

©2013, copyright Nur Ellena

Khamis, 21 Februari 2013

Gambar: Keindahan Masjid

Masjid al-Haram, Mekah

 Masjid Kristal, Kuala Terengganu

 Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan

 Masjid As-Salam, Puchong

Masjid  Darul Quran, Kuala Kubu Bharu

Masjid Kul Sharif, Kazan, Rusia

Masjid Wilayah, Kuala Lumpur 

Masjid al-Mohanna, Arab Saudi 

Masjid Sultan Ahmed, Istanbul, Turki

©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 19 Februari 2013

Kreatif: Besi Buruk Kesukaan Ramai

Sebuah kilang yang menghasilkan keajaiban menggunakan tepung, gula dan koko dalam penghasilan kek dan pastri. "L'officina del cioccolato" merupakan kotak coklat yang dipenuhi dengan bentuk-bentuk yang mungkin kita tidak terfikir untuk menikmatinya. Gambar-gambar di bawah menceritakan betapa kreatifnya produk mereka.










Sumber: L'officina del cioccolato

©2013, copyright Nur Ellena

Khamis, 7 Februari 2013

Gambar: Indahnya Buih-buih Itu

Masih ingatkan lagi ketika kecil dahulu kita amat senorok bermain buih-buih sabun. Sehingga berjam-jam sanggup duduk dalam bilik dan bermain buih-buih sabun sehingga dimarahi mak.
Walaupun umur kian meningkat, tetapi jiwa keanak-anakan tetap ada dalam jiwa kita. Dan sejajar dengan peningkatan umur, bermain buih sabun pun boleh dijadikan pendapatan.











Sumber: Sylvain Letuvee

©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 5 Februari 2013

Kreatif: Perahu Kertas Bergemelapan

Kira-kira 300 "perahu kertas" yang dihiasi lampu LED menerangi Terusan Kenari (Canary Wharf) di Kota London. Acara ini telah bermula pada 14 Disember 2012 dan berakhir pada 15 Februari 2013. Pengunjung boleh menyaksikan keceriaan cahaya lampu yang bermula pada waktu senja hingga lewat malam.







Sumber: Canary Wharf

©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 4 Februari 2013

Kisah: Ibu Yang Sanggup Dibakar Demi Anaknya

Seekor ibu kucing yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan 5 ekor anaknya daripada kebakaran. Ibu kucing yang dinamakan Scarlett ini telah menarik perhatian dunia di mana pada 30 Mac 1996, satu kebakaran telah berlaku di sebuah garaj usang yang mana di huni oleh Scarlett dan 5 ekor anaknya yang masih kecil. Kebakaran tersebut mendapat tindakbalas pantas dan terkawal oleh pihak Jabatan Bomba New York. Namun fenomena yang mengharukan semua pihak terutamanya angota bomba David Giannelli yang melihat Scarlett membawa seekor demi seekor anaknya ke tempat yang selamat. Ibu kucing ini sendiri telah mengalami luka-luka dan kesan kebakaran dalam usaha menyelamatkan anak-anaknya. Matanya hampir melecur, telinga, telapak kaki dan bulunya terbakar. Rata-rata bulu mukanya kehangusan. Selepas menyelamatkan kesemua anak-anaknya, Scarlett memeriksa dengan menyentuh setiap ekor anak-anaknya dengan hidungnya untuk memastikan mereka masih bernyawa dan kemudian... ibu kucing ini pengsan.
Angota bomba David Giannelli bertindak membawa Scarlett dan anak-anaknya untuk rawatan di klinik haiwan. Anaknya yang paling lemah gagal diselamatkan akibat jangkitan virus di dalam mulut selepas kebakaran. Cerita mengenai ibu kucing yang berani ini tersebar meluas dan menarik perhatian media antarabangsa. Klinik ini menerima lebih kurang 7,000 pucuk surat yang menawarkan hasrat mereka untuk memelihara Scarlett dan anak-anaknya. Scarlett memerlukan penjagaan yang berterusan ekoran kecederaan yang dialaminya. Scarlett di perihara oleh Karen Wellen, yang pernah kehilangan kucing kesayangan akibat kemalangan. Scarlett mati pada 11 Oktober 2008.












 

Sumber: Scarlett

©2013, copyright Nur Ellena

Jumaat, 1 Februari 2013

Kreatif: Minum Kopi Makan Cawan

Cawan yang digunakan adalah cawan istimewa yang mengunakan biskut. Anda boleh memakannya selepas menikmati secawan kopi.





Sumber: Lavazza

©2013, copyright Nur Ellena