Isnin, 4 Februari 2013

Kisah: Ibu Yang Sanggup Dibakar Demi Anaknya

Seekor ibu kucing yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan 5 ekor anaknya daripada kebakaran. Ibu kucing yang dinamakan Scarlett ini telah menarik perhatian dunia di mana pada 30 Mac 1996, satu kebakaran telah berlaku di sebuah garaj usang yang mana di huni oleh Scarlett dan 5 ekor anaknya yang masih kecil. Kebakaran tersebut mendapat tindakbalas pantas dan terkawal oleh pihak Jabatan Bomba New York. Namun fenomena yang mengharukan semua pihak terutamanya angota bomba David Giannelli yang melihat Scarlett membawa seekor demi seekor anaknya ke tempat yang selamat. Ibu kucing ini sendiri telah mengalami luka-luka dan kesan kebakaran dalam usaha menyelamatkan anak-anaknya. Matanya hampir melecur, telinga, telapak kaki dan bulunya terbakar. Rata-rata bulu mukanya kehangusan. Selepas menyelamatkan kesemua anak-anaknya, Scarlett memeriksa dengan menyentuh setiap ekor anak-anaknya dengan hidungnya untuk memastikan mereka masih bernyawa dan kemudian... ibu kucing ini pengsan.
Angota bomba David Giannelli bertindak membawa Scarlett dan anak-anaknya untuk rawatan di klinik haiwan. Anaknya yang paling lemah gagal diselamatkan akibat jangkitan virus di dalam mulut selepas kebakaran. Cerita mengenai ibu kucing yang berani ini tersebar meluas dan menarik perhatian media antarabangsa. Klinik ini menerima lebih kurang 7,000 pucuk surat yang menawarkan hasrat mereka untuk memelihara Scarlett dan anak-anaknya. Scarlett memerlukan penjagaan yang berterusan ekoran kecederaan yang dialaminya. Scarlett di perihara oleh Karen Wellen, yang pernah kehilangan kucing kesayangan akibat kemalangan. Scarlett mati pada 11 Oktober 2008.












 

Sumber: Scarlett

©2013, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan