Isnin, 1 April 2013

Info: April Fool? Bukan Budaya Kita

Selamat datang bulan April, setingkat lagi umur kita bertambah. April Fool? pastinya kita semua sering mendengar mengenai perayaan ini. Perayaan yang disambut pada setiap 1 April yang menghalalkan perbuatan menipu atau berbohong dengan tujuan gurauan dan memperbodohkan orang lain.

Dalam sabda Rasulullah S.A.W mengenai perbuatan mengikut-ikut ini.
"Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?" 
 [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
April Fool ini tidak lain tidak bukan cumalah hari yang mendatangkan kerugian. Jelas sekali impak perayaan ini adalah perkara yang buruk sahaja. Sesiapa sahaja pasti akan marah jika diperbodohkan, malah ada banyak laporan yang menyatakan perbuatan ini ada yang menyebabkan saudara-mara mahupun kawan yang membunuh orang yang menipu kerana tidak dapat mengawal emosi. Bukan itu sahaja, April fool ini jelas sekali boleh menyebabkan seseorang akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain. Pemikiran pun asyik berfikir yang negatif sahaja mengenai orang lain. Renung-renungkan lah.

Sumber: iluvislam.com

©2013, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan