Di Filipina, seekor anjing mempertaruhkan nyawa bagi menyelamatkan anak tuannya daripada di langgar sebuah motorsikal. Anjing tersebut, Kabang mengalami kecederaan yang teruk apabila rahang mulutnya termasuk ke dalam roda motorsikal tersebut sehingga hancur. Sebuah dana diwujudkan bagi membolehkan Kabang di hantar dan di rawat di Hospital Veterinar Davis, Amerika Syarikat. Anjing yang berusia 2 tahun ini menjalani beberapa siri pembedahan bagi membentuk semula wajahnya, tetapi akibat kecederaan yang serius, usaha untuk memasang rahang palsu gagal. Namun, Kabang masih mampu mengunyah makanan dengan giginya dan masih mampu mengenali tuannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan