Jumaat, 14 Mac 2014

Info: Coretan Seminggu MH370

Sejak berita tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, seluruh dunia seakan-akan memberi perhatian terhadap kes ini. MAS selaku antara pesawat komersial yang paling selamat dan diakui dunia samada dari segi perkhidmatan dan tahap keselamatannya, mendapat impak akibat kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.


Ketika mula-mula berita ini tersebar, ada juga segelintir yang mungkin "ingin mendapat perhatian" dengan memuatkan pelbagai kenyataan yang boleh menyakitkan perasaan saudara-mara penumpang pesawat MH370. Antaranya kenyataan Twitter artis tempatan Zed Zaidi dan bekas Menteri Besar Perak.

Berbanding dengan selebriti luar negara mereka lebih menyatakan perasaan ingin berkongsi kesedihan mereka bersama-sama keluarga penumpang pesawat ini.

Berita kehilangan MH370 ini juga menimbulkan pelbagai spekulasi. Bloggers, wartawan persendirian dan tanpa tauliah berlumba-lumba hendak mengeluarkan kenyataan yang tidak tahu kebenarannya yang juga diambil dalam dunia maya ini.

Pelbagai isu timbul menyebabkan kekecohan, sehinggakan pihak Kementerian sendiri berani menyelar kakitangan kerajaannya seperti isu passport palsu yang berjaya melepasi kawalan keselamatan dan imigresen. Ironinya sebelum ini kita seakan-akan berbangga dengan pihak luar akan tahap keselamatan negara dan KLIA.

Tidak kurang juga ada pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan dan mungkin mempunyai agenda tersendiri sebagai jalan untuk mendapat perhatian masyarakat.

Tahap kurangnya kematangan rakyat Malaysia begitu menyerlah tatkala mata dunia sedang tertumpu ke arah kita. Tiada pihak luar yang cuba memalukan negara ini kecuali rakyat Malaysia sendiri dan saya tidak mahu sentuh tentang isu bomoh di KLIA itu. Anda nilailah sendiri. #doabuatMH370 #prayforMH370

©2014, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan