Jumaat, 6 Jun 2014

Coretan: I Love my Husband

Syg…suamiku.
Selamat ulang tahun yang ke-34 syg...cyg selalu berdoa agar cinta kita cinta yg diredhai oleh Illahi...dan semoga usia perkahwinan kita kekal hingga ke syurga jannah mu ya allah...
ketahui lah syg cyg cinta,sayang dan kasih pada syg.... jagalah rumahtangga kita dengan seadilnya...
biar kita miskin harta tp kita kaya dgn kasih sayang berpanjangan....jgn jemu terus membimbing cyg. Syg...terima kasih utk segalanya.... atas nasihat dan tunjuk ajar dari syg...
tak ada hadiah yg dapat cyg berikan sempena ulang tahun syg...hanya cinta kasih sayang yang sentiasa mekar dihati...dan doa diiringi buat syg selalu...cyg tak pernah lupa...apa pun masalah melanda..insya'allah kita cuba hadapinya dgn tenang kerana allah pasti memberikan ujian buat kita berdua…kerana Allah sayangkan kita.
Syg..
alhamdulillah, kehidupan kita telah diatur dengan baik..suka duka kehidupan kita sebagai pasangan suami isteri membuatkan cyg amat mencintai dan menghormati syg sebagai suami..Cyg  coretkan warkah ini untuk syg tahu cyg amat mengasihi dan menyayangi syg..
Syg..
cyg beruntung memiliki syg dalam kehidupan ini..Lafaz nikah yang pertama kali syg lafazkan hampir 4 tahun yang lalu telah membuatkan cyg mensyukuri nikmat Illahi dengan cinta yang kita jalinkan..Akhirnya, syg menjadi milik cyg.. Cyg harap perkahwinan kita tidak kekal didunia ini saja, bahkan Cyg ingin menjadi isteri Syg di syurga nanti kalau diizinkan..Sebab itu, cyg mempersiapkan diri cyg untuk menyimpan hasrat ini..
Syg..
hari ini cyg titipkan sebuah kata bermakna untuk syg..cyg dapat kata-kata ini di internet.. Cyg rasai keindahan sebagai wanita.. syg baca dengan sepenuh hati syg ye…

“Seorang Isteri”
Aku seorang isteri…
Kepada seorang insan bergelar suami..
Kepada suami bagaikan sang puteri..
Menjadikan rumahtangga sebagai penyeri…

Aku seorang isteri…
Kepada sang suami sentiasa berbakti…
Untuk meraihkan pahala ilahi..
Sebagai balasan khidmat diberi..

Aku seorang isteri…
Memberi bahagia kepada suami…
Dalam tutur kata dan juga gerak geri..

Aku seorang isteri…
Sebagai insan untuk dirindu..
Oleh insan yang bergelar sang suami…

Aku seorang isteri…
Segala tindakan akan dipuji…
Oleh manusia disetiap negeri..
Jika ia mengikut kehendak ilahi…

Aku seorang isteri…
Menjadi benteng kejayaan suami…
Untuk melangkah kehidupan hakiki…

Aku seorang isteri…
Kehendak suami sentiasa dituruti..
Untuk menjadi isteri yang disayangi…

Aku seorang isteri..
Bersusah payah dimalam hari..
Memastikan rumah sentiasa diawasi..

Aku seorang isteri…
Kepada si suami yang berbakti…
Untuk melahirkan anak-anak sejati…

Aku seorang isteri..
Tidak kuat tidak berani..
Untuk melawan kehendak suami..
Kerana ia perintah ilahi..untuk sentiasa aku turuti..

Aku seorang isteri…
Sentiasa menanam azam dihati..
Untuk menjadi seorang yang tabah berdiri..
Dibelakang suami sebagai penyeri…
Untuk keharmonian sentiasa dicari…

Aku seorang isteri..
Hidup dan matiku untuk berbakti..
Kepada ia seorang suami…
Pasti ku lawan gagah berani..
Sekira musuh datang mencari….

Aku seorang isteri..
Sakit bersalin tidak terperi..
Hanya ku pendam di dalam hati..
Demi kebahagian untuk si suami..
Tonggak rumah tangga menjadi seri…

Aku seorang isteri…
Hasrat dihati menjadi puteri..hanya suami bertapak dihati…
Segala onak dan juga duri..pasti ku redah untuk berdiri….

Aku seorang isteri…
Sentiasa berkobar di dalam hati…
Untuk menjadi isteri mithali…..


Indahkan syg kata-katanya..cyg mensyukuri segala nikmat yang telah cyg miliki bersama syg..Cyg berdoa agar Allah kurniahkan zuriat dari seorang suami yang amat cyg cintai sebagai penyeri hubungan cinta kita. cyg cintakan syg..
Akhir kata, sambutlah salam cinta dari cyg untuk syg …




Selamat Ulang Tahun Syg. . .



Ikhlas dari cyg… seorang isteri yang hanya ingin dikasihi, disayangi dan dicintai…

©2014, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan