Menerusi ciapan Dr Redza Zainol, kali ini beliau berkongsikan mengenai tidur anak-anak yang jika tidak dijaga akan memberikan kesan kepada mereka kelak termasuk dari segi tumpuan semasa belajar.
Dr Redza juga berkongsikan tips serta waktu tidur yang sesuai sebagai panduan untuk ibu bapa.
Otak anak berkembang dengan baik bila tidur mereka cukup
Rugi sungguh bila mak ayah tak ambil berat mengenai tidur anak.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 18, 2021
Otak anak berkembang dengan baik bila tidur mereka cukup dan berkualiti.
Di Klinik Perkembangan Kanak Kanak (Children Developmental Clinic), ramai mak ayah mengeluh dan mengadu pada saya yang mereka menyesal tak jaga masa dan kualiti tidur anak sejak kecil.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 18, 2021
Ni saya kongsikan tempoh masa tidur anak seperti yang disaran oleh United Kingdom National Health Service (NHS).
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 18, 2021
📌 Umur seminggu
Siang : 8 jam
Malam : 8 jam 30 minit
📌 Umur sebulan
Siang : 6-7 jam
Malam : 8-9 jam
📌 Umur 3 bulan
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 18, 2021
Siang : 4-5 jam
Malam : 10-11 jam
📌 Umur 6 bulan
Siang : 3 jam
Malam : 11 jam
📌 Umur 12 bulan
Siang : 2 jam 30 minit
Malam : 11 jam
Tips supaya anak mudah tidur.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 18, 2021
✅ suramkan atau tutup lampu dalam bilik tidur anak. Ia akan bantu bina hormon tidur iaitu melatonin.
✅ Bila anak mula naik atas katil, boleh bacakan buku untuk anak atau anak baca buku sendiri dalam keadaan senyap.
✅ Mandi dengan air suam boleh bantu anak lebih tenang dan bersedia untuk tidur.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 18, 2021
✅ Elakkan simpan tablet/laptop/TV dalam bilik tidur anak.
✅ Cas semua bateri gajet di bilik lain (bukan bilik tidur anak).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan