Jumaat, 16 Oktober 2026

Catatan Untuk Suami-Suami

Kadang-kadang perkara yang dianggap kecil oleh seorang suami sebenarnya boleh meninggalkan kesan yang besar kepada hati seorang isteri. Isteri tidak mengharapkan suami sentiasa sempurna. Isteri cuma berharap untuk dilayan dengan hormat, lembut dan dihargai sebagai pasangan hidup.

1. Cara menjawab panggilan telefon

Apabila isteri menelefon, cuba jawab dengan baik walaupun sedang sibuk. Elakkan menjawab dengan nada marah, kasar atau seolah-olah panggilan isteri mengganggu.

Contohnya, daripada berkata:

“Apa lagi?”
“Kenapa telefon?”
“Tak boleh telefon kemudian ke?”

Lebih baik berkata:

“Ya sayang, ada apa?”
“Syg tengah buat sesuatu sekarang. Nanti syg telefon semula ya.”

Cara menjawab telefon menunjukkan kepada isteri sama ada dia dihargai atau dianggap sebagai beban.

2. Cara bercakap dengan isteri

Nada suara sangat penting. Perkataan yang biasa bagi suami mungkin kedengaran menyakitkan bagi isteri. Elakkan meninggikan suara, menyindir, memperlekehkan atau bercakap dengan nada yang kasar.

Jika tidak bersetuju, cuba bercakap dengan tenang. Tidak perlu menang dalam setiap perbincangan. Kadang-kadang isteri cuma mahu didengari dan difahami.

3. Jangan melepaskan tekanan kepada isteri

Jika suami penat, tertekan atau mempunyai masalah di tempat kerja, jangan jadikan isteri tempat melepaskan kemarahan. Isteri juga mempunyai perasaan.

Boleh katakan:

“Abang penat dan fikiran agak serabut sekarang. Boleh kita bercakap kemudian?”

Itu lebih baik daripada bercakap kasar dan kemudian menganggap isteri perlu memahami semuanya.

4. Hargai usaha isteri

Jangan hanya nampak kesalahan isteri. Hargai perkara-perkara kecil yang dilakukan setiap hari — mengurus rumah, mengambil berat tentang suami, menyediakan keperluan keluarga atau sekadar bertanya khabar.

Ucapan mudah seperti “terima kasih”, “abang hargai apa yang awak buat” atau “maaf kalau abang terkasar tadi” boleh memberikan makna yang besar.

5. Jangan memperkecilkan perasaan isteri

Jika isteri mengatakan bahawa sesuatu perkara telah melukakan hatinya, jangan terus menjawab:

“Awak ni terlalu sensitif.”
“Benda kecil pun nak terasa.”
“Syg gurau saja.”

Sebaliknya, cuba dengar dahulu. Walaupun niat suami tidak mahu menyakiti, perasaan isteri tetap wujud dan wajar dihormati.

6. Belajar meminta maaf

Meminta maaf bukan bermaksud suami kalah. Meminta maaf menunjukkan bahawa suami menghargai hubungan dan perasaan isteri.

Kadang-kadang satu ayat “Abang minta maaf, abang tak patut cakap macam tu” sudah cukup untuk melembutkan hati seorang isteri.

7. Ingat bahawa isteri adalah pasangan, bukan tempat untuk dimarahi

Isteri ialah orang yang berkongsi kehidupan, susah dan senang bersama suami. Oleh itu, jagalah cara bercakap dan cara melayan pasangan, terutama ketika sedang marah.

Perkahwinan bukan hanya tentang menyediakan nafkah dan keperluan fizikal. Ia juga tentang rasa dihormati, dihargai, disayangi dan selamat secara emosi.

Akhir kata

Suami mungkin tidak sedar bahawa cara menjawab telefon, nada suara, cara memandang, perkataan yang digunakan atau sikap ketika berbual boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada isteri.

Isteri tidak meminta suami menjadi sempurna. Isteri cuma mahu merasakan bahawa dirinya penting, didengari dan dihargai oleh lelaki yang dipilih untuk menjadi teman hidupnya.

Kalau ada perkara yang perlu diperbaiki, biarlah kita sama-sama belajar. Bukan untuk mencari siapa yang salah, tetapi untuk menjadikan hubungan suami isteri lebih tenang, lembut dan bahagia.



©2016, copyright Nur Ellena

Rabu, 20 Januari 2021

Tips Dan Waktu Tidur Yang Sesuai Untuk Anak-Anak

Menerusi ciapan Dr Redza Zainol, kali ini beliau berkongsikan mengenai tidur anak-anak yang jika tidak dijaga akan memberikan kesan kepada mereka kelak termasuk dari segi tumpuan semasa belajar.

Dr Redza juga berkongsikan tips serta waktu tidur yang sesuai sebagai panduan untuk ibu bapa.

Otak anak berkembang dengan baik bila tidur mereka cukup



Rabu, 19 Februari 2020

Kehidupan: Sayangi dan cintailah pasangan & keluarga seperti hari ini hari terakhir mereka


Terdetik dihati ini meluahkan apa yang terbuku di dalam hati,  Masa baca berita tentang pemergian yang tiba-tiba arwah Abam dan arwah Ashraf (suami CBL), rasa insaf sebab kerap bermasam muka dan mendiamkan diri dengan suami (maafkan cyg, suamiku).

Hidup harmoni dan bahagia dalam menjalani rumah tangga yang diidamkan semua pasangan. Namun  adakalahnya perhubungan tersebut tidak dapat dipisahkan dengan pergaduhan kecil sampaikan masing-masing 'menarik muka'.

1 jam, 2 jam , satu hari  tak bercakap antara satu sama lain tu masih boleh diterima, tapi kalau sampai berhari-hari merajuk? Ini belum masuk bab ego ' setinggi langit tu',  masing-masing tunggu siapa nak tegur dulu.

!!!! Cuba bayangkan sekiranya pasangan kita ditakdirkan tiba-tiba menemui ajal? Hati pastinya tersentak dan masih belum bersedia untuk menerima kehilangan orang tersayang. ya Allah... rasa tak sanggup. Rasa tak sanggup untuk hidup sendiri..

Haragilah pasangan selagi masih sempat lagi, mungkin berapa saat lagi dia tiada... tiada siapa tahu bila masanya.



©2016, copyright Nur Ellena

Isnin, 12 November 2018

Pengalaman: Proses In Vitro Fertilisation (IVF) 5 (Menunggu keputusan)



29 April 2017 Pemindah emberio kedalam rahim, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Doktor suruh balik rumah dan rehat. Dua minggu lepas pemindahan emberio, pemeriksaan darah akan dibuat. Penantian yang mendebarkan .

Saya mengambil keputusan untuk mengambil cuti selama 2 minggu sementara menunggu keputusan darah, sama ada mengandung atau tidak.

Cerita pemindahan emberio, semasa pemindahan doctor masukkan 2 emberio. kalau ada rezeki dapatlah kembar :) Saya tak ada telor yang banyak yang boleh disimpan dalam bank hospital:) hanya 2 emberio tu sahaja harapan ibu... semoga rezeki itu milik ibu.

Penantian satu penyeksaan... bersabar dan berdoa.. Hari ke 5, 6, 7 selepas emberio dimasukkan dalam rahim, berlaku sedikit bleeding, perasan takut, riasu macam-macam lagi perasaan yang ada. Mungkin kah baby tak jadi...  saya beranikan diri untuk check guna (pregnancy test strip)   

8 May 2017 seminggu selepas emberio diamsukkan dalam rahim 
( Nampak macam ada 2 garisan tapi sangat kabur)
mengandungkah aku, tetapi tetap risau sebab ada darah keluar.

10 May 2017 ( Check lagi, nampak macam dah jelas sikit )
Hari ini, kena ke PPUM untuk check darah, awal-awal pagi keluar. proses kejap saja, lepas ambil darah jururawat suruh balik, dalam jam 2-3 ptg boleh call hospital untuk tahu keputusan darah tersebut.  Masa menunggu rasa terlalu panjang, tpi bila sampai masa 2 petang,,,,, rasa berdebar-debar pula :) . 

Pukul 2..30ptg, saya call PPUM, Alhamdulillah saya mengandung....

14 May 2017 ( Nampak dua garisan yang jelas, tapi masa ni dah tahu mengandung, suka-suka nak test juga, nak simpan gambar buat kenangan)

 25 May 2017 (scan pertama) 


6 Jun 2017 

Saya ambil cuti satu bulan hanya nak berehat kat rumah sahaja. 

Terima kasih Ya ALLAH
Terima kasih suami ku
Terima kasih staff gynae PPUM  yang terlibat dengan proses IVF

InsyaAllah kita sambung cerita lagi berkaitan dengan IVF

©2016, copyright Nur Ellena

Pengalaman: Proses In Vitro Fertilisation (IVF) 4


Salam semua, lamanya  tidak update blog. Maaf membuat pembaca tertanya-tanya adakah IVF telah dibuat atau tidak. 

Pertengahan bulan April 2017, saya start period, seperti biasa proses pemeriksaan dan scan dibuat bermula hari ke 3 period. Alhamdulillah, proses seterusnya boleh diteruskan. Doktor minta untuk beli ubat dan bag bekas ais untuk simpan ubat yang akan disuntik pada setiap hari. Bermulalah hari menyuntik ubat pada setiap hari di waktu sama. Ada hari-hari  saya akan ke PPUM untuk scan , untuk monitor keadaan telor adakah ianya sihat dan membesar dangan sihat :) Jika didapati perkembangan slow, dos ubat akan ditambah. Alhamdulillah dengan dos ubat yang sekarang dah cukup untuk meneruskan proses seterunya. Semasa scan, doctor dapati jumlah telor saya hanya ada 7 sahaja... selang beberap hari lg, sekali lagi scan hanya ada 5 saja telor yang elok dan aktif. Doctor tanya, sama ada saya ingin teruskan proses IVF sebab peluang agak tipis sebab jumlah telor yang sedikit sangat. Walaubagimanapun , dalam hati saya dah nekad akan teruskan juga walaupun hanya tinggal 1 saja telor. Saya percaya, jika rezeki, saya akan dapat. InsyaAllah. Tujuan doctor confirmkan tu sebab, bila dah sign untuk teruskan IVF, pembayaran akan dibuat penuh dan jika IVF tidak berjaya, bayaran dikira hangus dah. 

Pada hari yang ke-10 period sekali lagi kena scan, Alhamdulillah saiz telor memenuhi saiz yang sesuai untuk membuat IVF, ubat untuk pecahkan telor akan disuntik malam ni. 

Day 12 period pagi-pagi dah gerak ke PPUM, alhamdulillah jalan clear jer, sebab hari ahad :) Semoga hari ini dipermudahkan. Hanya berserah pada Allah. Dalam bilik menunggu ada saya seorang saja. Memandangkan bilik OT sebelah saja, boleh dengan doctor bercakap-cakap dan kira berapa telor yang di keluarkan. Seronok dengan doctor kira setiap kali telor dikeluarkan...15 semuanya... Rezeki kawan yang bernama Ida.  semoga saya juga dipermudahkan juga..

Ok, sampai giliran saya...berdebarlah juga. Tp saya tak sedar langsung bila masa telor dikeluarkan. rupa-rupanya kena bagi ubat tido . Bila dah sedar, doctor bagi tau saya hanya ada 3 saja telor yang dapat dikeluarkan, telor-telor yang lain tak aktif dan tak sesuai. Syukur Alhamdulillah.

17/4/17 - day 3 period (suntikan 1)
18/4/17 - day 4 (suntikan 2)
19/4/17 - day 5 (suntikan 3)
20/4/17 - day 6 (suntikan 4)
21/4/17 - day 7 (suntikan 5) + ( suntikan 1) + (scan 1)
22/4/17 - day 8 (suntikan 6) + ( suntikan  2)
23/4/17 - day 9 (suntikan 7) + ( suntikan 3)
24/4/17 - day 10 (suntikan 8) + ( suntikan 4) + (scan 2)
25/4/17 - day 11 (suntikan 9) 
26/4/17 - day 12 (suntikan 10) + (pickup telor)
29/4/17 - day 15 ( Emberio tranfer)

Jadual diatas, proses proses yang dijalankan apabila mulanya suntikan pertama hingga Emberio tranfer...

Lepas ni kita sambung...selepas pemindahan emberio ..



©2016, copyright Nur Ellena

Rabu, 15 Mac 2017

Pengalaman : Proses In Vitro Fertilisation (IVF) 3


Percubaan ke-2 IVF


8 Mac 2017 ( 1st period)  appointment dibuat untuk proses seperti bulan yang sebelum ni... pada hari period ke-3, saya akan buat scan lagi. Jururawat pesan awal-awal untuk buat pembayaran (RM30 ++ sahaja) di tingkat bawah sebelum dapatkan no giliran jumpa doktor.


Tiba masanya untuk di scan.....berdebar-debar rasanya...dalam fikiran banyak betul persoalan.... doakan yang terbaik sahaja. semua perkara adalah urusan yang maha mengetahui. sebelum scan, jururawan minta kita buang air kecik dulu.


Setelah abis scan, tunggu kat ruang menunggu.. dap dip dup...jatung. ..


Ding dong dengar bunyi mesin no giliran... tiba juga giliran saya


Doktor dengan tenang menerangkan setiap keputusan scan. Dinding rahim dah nipis.. sesuai untuk suntikan puregon... tapi terdapat sedikit kemuskilan terdapat cyst di sebelah kiri ovari. Doktor arahkan untuk check darah. bagi memastikan cyst tersebut aktif atau tidak..


Jururawat panggil untuk ambil sample darah... 



Dalam pukul 2,30pm, pihak hospital maklumkan bahawa result darah dah keluar, bacaan tinggi sikit. dan doctor cadang agar proses suntikan puregon.  percubaan IVF untuk kali ni tak dapat diteruskan.... tunggu untuk cycle seterunya.......


©2017, copyright Nur Ellena

Pengalaman : Proses In Vitro Fertilisation (IVF) 2


........  setelah result dah keluar, appointment dibuat untuk jumpa doctor bagi mendengar apakah proses seterusnya yang perlu dibuat...


Rasa berdebar-debar juga time tunggu jmp doktor... alhamdulillah, semuanya ok walaupun ada sedikit kekurangan.. proses seterunya boleh diteruskan....


Fasa setrusnya ,  kena tunggu period time yang seterunya. pada 29 Jan 2017 hari pertama period, kena hari ahad pula, tak boleh buat temujanji. Tunggu isnin baru boleh call PPUM. Pada hari ke-3 period adalah appointment untuk  buat untrasound scan. Jika tidak ada masalah suntikan puregon boleh dimulakan. Walaubagaimanapun... IVF untuk kali ni tak boleh diteruskan,. Doktor maklumkan bahawa dinding rahim masih tebal, tidak sesuai untuk suntikan puregon....... kena tunggu cycle period seterusnya.


©2017, copyright Nur Ellena

Pengalaman : Proses In Vitro Fertilisation (IVF) 1

 Perkhawinan kami kini menghampiri usia 8 tahun. Belum lagi dikurniakan anak. Belum dapat rezeki lagi, tapi tak salah kalau kita berusaha dengan cara lain daripada menunggu saja. Kami cuba untuk buat rawatan secara tradisional (ubat-ubatan kampung, pantang dengar ada makcik pandai urut) Rawatan moden pun telah dicuba ( laparoskopi, kaedah IUI telah dibuat ). Pernah cuba buat IUI di LPPKN, tapi separuh jalan jer.. saya stop atas sebab-sebab tertentu. Kami cuba rawatan di Klinik Hamid Arshat, mesti ramai yang tahu berkaitan dengan Klinik ni. Setelah beberapa tahun menjadi patient Dr.Hamid, akhirnya Dr. Hamid mencadangkan untuk kami mencuba kaedah IVF.


Surat rujukan daripada klinik Dr.Hamid telah dikeluarkan, bermula pada penghujung 2016 kini saya menjadi gynecological patients di PPUM/UMMC.

Bermulalah cerita baru...


Appointment pertama di PPUM untuk procedure IVF bermula pada penghujung Disember 2016, pada kunjungan pertama ni just jumpa doktor pakar. Doktor terangkan proses-proses IVF dari awal hingga akhir. Doktor akan tanya beberapa soalan berkaitan dengan latarbelakang  suami dan istri. kena share semua dengan doktor agar senang untuk memastikan apa keperluan yang perlu dibuat. Lawatan pertama ni,contoh darah suami diambil. bayaran kurang daripada RM100. -  resit hilang.Suami perlu buat appoinment di bahagian makmal untuk sample sperm. sperm perlu dihantar ke makmal dalam masa kurang dari 2 jam dari masa dikeluarkan.. bayaran ni pun tak ingat.. tp agak murah juga.


Appointment kedua, pada hari ke-2 period (bulan Jan 2017), istri perlu hantar sample darah untuk ujian. Masa ni tak perlu jumpa doktor. bayaran tak ingat.


Appointment ketiga, pada hari ke-12 , istri sekali lagi perlu ambil sample darah. Tunggu  result keluar.... baru dapat ke prosedure seterunya....


©2017, copyright Nur Ellena

Pengalaman : Proses In Vitro Fertilisation (IVF)

Persenyawaan in vitro (IVF) ialah proses di mana telur dikeluarkan daripada ovari dan digabungkan dengan sperma dalam ceper kultur makmal. Persenyawaan berlaku di dalam ceper ini ("in vitro" bermaksud "dalam gelas kaca"). Beribu-ribu bayi telah dilahirkan melalui kaedah IVF di seluruh dunia sejak yang pertama dalam tahun 1978.

Bagaimanakah IVF bermanfaat bagi kami?
IVF mungkin akan disarankan untuk masalah-masalah kesuburan berikut:
  • Jika tiub falopio anda tersumbat atau rosak, atau anda mempunyai masalah lain di mana IVF dikenal pasti sebagai satu-satunya rawatan yang mungkin dapat membantu anda untuk hamil.
  • Jika suami anda mempunyai masalah kecil dengan spermanya.
  • Jika anda telahpun mencuba ubat-ubat kesuburan seperti clomiphene, atau rawatan kesuburan yang lain seperti IUI, namun tidak berjaya.
  • Jika anda telahpun mencuba untuk hamil selama sekurang-kuranya dua tahun dan doktor tidak menjumpai sebarang punca mengapa anda masih belum hamil.
Bagaimanakah IVF dilakukan?
IVF dilakukan mengikut beberapa langkah, dimulai dengan pengambilan ubat kesuburan untuk membantu anda menghasilkan seberapa banyak telur yang boleh.

Ubat-ubat kesuburan
Anda mungkin perlu mengambil ubat kesuburan untuk merangsang ovari supaya mematangkan telur sebagai persiapan untuk persenyawaan. Sewaktu kitaran haid biasa, anda membebaskan sebiji telur setiap bulan. Kebarangkalian anda untuk hamil adalah lebih baik jika terdapat lebih banyak telur dan penggunaan ubat kesuburan meningkatkan jumlah telur matang yang dibebaskan. Adalah disarankan supaya IVF ditawarkan dengan ubat-ubat kesuburan untuk merangsang ovari kerana peluang untuk hamil lebih tinggi dengannya.


Suntikan hormon
Anda kemudiannya akan diberi suntikan hormon setiap hari selama kira-kira 12 hari. Ini untuk merangsang ovari supaya membebaskan lebih banyak telur yang matang berbanding biasa (induksi ovulasi). Hormon yang digunakan ialah hormon perangsang folikel (FSH) iaitu gonadotrophins dan hormon luteinising (LH).
Imbasan ultrasound dan mungkin juga ujian hormon dalam darah akan ditawarkan untuk memantau berapa banyak dan bagaimana eloknya tindak balas daripada telur anda. Ini bagi keselamatan dan untuk memeriksa bilakah telur and akan matang.

Pengeluaran telur dan pengumpulan sperma
Ultrasound digunakan untuk mengesan bilakah telur anda sudah bersedia untuk dikeluarkan.
Doktor anda kemudiannya akan mengeluarkan telur anda daripada ovari. Beliau akan menggunakan sebatang jarum halus dan berongga yang bercantum dengan kuar imbasan ultrasound. Kuar ini membantu mengesan lokasi folikel yang mengandungi telur. Anda mungkin rasa sedikit tidak selesa semasa prosedur dijalankan, tetapi jika anda rasa sakit selepas ianya selesai, anda akan diberi ubat tahan sakit.
Semasa telur anda sedang dikumpulkan, suami anda pula perlu memberi sampel air mani yang segar. Jika sperma yang digunakan ialah sperma daripada penderma atau yang telah dibekukan, sampel itu akan diambil daripada peti sejuk beku. Sperma itu akan dicuci dan sperma yang mempunyai kualiti terbaik sahaja akan diasingkan dan dipersiap-sediakan untuk mensenyawakan telur. Sperma ini kemudiannya digabungkan dengan telur di dalam ceper makmal dan dibiarkan mengkultur dalam inkubator.

Persenyawaan dan pemindahan embrio
Dalam masa satu hari selepas telur dan sperma digabungkan, ceper akan diperiksa untuk melihat sama ada telur telah disenyawakan. Jika ya, ianya akan disimpan selama di antara dua dan lima hari sebelum dipindahkan semula ke dalam uterus (rahim).
Mana-mana telur yang telah disenyawakan akan menjadi segumpal sel yang dipanggil embrio. Para pakar juga mungkin menyebutnya sebagai blastosis, jika embrio itu dipindahkan ketika peringkat blastosis, pada kira-kira hari kelima. Embrio yang paling sihat akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam uterus.
Ketika ini, anda pastinya sudahpun membantu uterus anda bersiap sedia untuk menerima embrio dengan mengambil hormon progesteron yang membantu menebalkan lapisan uterus. Anda mengambil hormon ini melalui suntikan, pesari (dimasukkan ke dalam faraj) atau gel. Jika lapisan uterus (endometrium) anda terlalu nipis, embrio sukar untuk melekat. Jika inilah keadaannya, kitaran IVF tersebut malangnya terpaksa diabaikan.
Biasanya, satu atau dua embrio akan dipindahkan menggunakan tiub nipis melalui serviks masuk ke dalam uterus anda. Pakar kesuburan anda juga mungkin menggunakan imbasan untuk memandunya dalam proses ini.
Jumlah embrio yang dipindahkan bergantung kepada umur anda dan kebarangkalian untuk berjaya. Ini sebaliknya bergantung kepada masalah kesuburan yang anda alami.

Kitaran berulang
Jika terdapat lebihan embrio, ia boleh dibekukan untuk kegunaan pada masa hadapan, kalau-kalau kitaran yang pertama tidak berjaya atau sekiranya anda ingin menimang anak lagi selepas berjaya menjalani rawatan ini.
IVF biasanya melibatkan pemindahan embrio pada kira-kira dua hingga tiga hari selepas persenyawaan. Pilihan lain ialah menunggu sehingga lima hari selepas persenyawaan iaitu apabila gumpalan sel telah membentuk blastosis. Hanya embrio yang paling sihat sahaja yang akan sampai ke peringkat blastosis dalam ceper makmal. Peluang anda untuk mendapat kehamilan yang sihat mungkin lebih tinggi selepas pemindahan blastosis.
Anda sudah boleh bergerak cergas tidak lama selepas pemindahan embrio, memandangkan rehat selama lebih daripada 20 minit sejurus selepas prosedur ini tidak memberi kesan yang berbeza. Dalam kitaran yang berjaya, satu atau lebih embrio akan melekat dalam dinding uterus anda dan akan terus membesar. Anda boleh membuat ujian kehamilan dalam kira-kira dua minggu.
Sebaik sahaja kehamilan anda telah disahkan selepas rawatan IVF, anda sepatutnya mendapatkan imbasan ultrasound awal pada kira-kira enam minggu. Ini bagi memastikan bahawa embrio telah melekat di dalam uterus.

Berapa lamakah rawatan IVF akan berlangsung?
Satu kitaran IVF mengambil masa di antara empat dan enam minggu untuk habis. Anda dan suami boleh menjangka akan meluangkan masa kira-kira setengah hari di klinik untuk prosedur pengeluaran telur dan persenyawaan. Anda akan kembali semula ke klinik di antara dua dan tiga hari kemudian untuk pemindahan embrio ke dalam uterus, atau di antara lima dan enam hari jika melakukan pemindahan blastosis.


Berapakah kadar kejayaan IVF? 
Kadar kejayaan IVF bergantung kepada masalah kesuburan yang anda hadapi serta umur anda. Lebih muda usia anda dan sihat telur anda, lebih tinggilah peluang anda untuk berjaya.  
Jika anda pernah hamil atau pernah melahirkan bayi sebelum ini, peluang anda untuk berjaya juga meningkat.

Anda boleh memperbaiki peluang untuk berjaya dengan cara:
  1. Mencapai berat badan yang sihat bagi ketinggian anda sebelum anda menjalani rawatan. IVF lebih berkemungkinan untuk berjaya jika indeks jisim badan (BMI) anda di antara 19 dan 30.
  2. Jika anda sering minum minuman keras, hadkan pengambilan alkohol kepada tidak lebih daripada satu unit sehari, kerana meminum lebih daripada ini akan mengurangkan keberkesanan IVF.
  3. Jika anda merokok, berhenti merokok (ini termasuk suami anda juga!). Merokok menurunkan kadar kejayaan IVF.
  4. Hadkan pengambilan kafein pada kadar yang sangat rendah. Pengambilan pada kadar serendah 2mg hingga 50mg sehari pun telah dikaitkan dengan kadar kejayaan IVF yang lebih rendah.
Peluang anda untuk berjaya menurun dengan peningkatan jumlah kitaran IVF yang gagal. Jadi jika anda masih belum hamil selepas percubaan IVF yang ketiga, sesetengah pakar mungkin menasihatkan anda supaya menerima hakikat bahawa kaedah ini tidak berkesan bagi anda.


Apakah kelebihan IVF?
Bagi kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan melalui kaedah IVF, tiada masalah kesihatan jangka panjang.IVF boleh menawarkan anda peluang untuk menimang chaaya mata jika anda tidak dapat hamil secara semula jadi, contohnya jika tiub falopio anda tersumbat, rosak atau anda tiada tiub falopio.

Apakah keburukan IVF?
IVF meningkatkan risiko sesetengah komplikasi, contohnya:
  • Kelahiran berganda, iaitu apabila lebih daripada satu embrio dipindahkan ke dalam uterus. Banyak pasangan yang melihat kembar sebagai satu anugerah, namun ingatlah bahawa kehamilan berganda meningkatkan risiko anda melahirkan bayi pramatang atau bayi yang mempunyai berat semasa lahir yang rendah.
  • Kesan sampingan ubat-ubat kesuburan biasanya ringan sahaja, dan ini termasuk hangat memerah, sakit kepala dan loya. Walau bagaimanapun, anda perlu dipantau rapi untuk mengesan tanda-tanda sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS), terutamanya jika anda menghidap sinrom polisistik ovari (PCOS). Jika OHSS berlaku, kitaran rawatan ini sudah terganggu dan perlu dihentikan, dan anda perlu tinggal di hospital sementara menunggu ovari anda kembali kepada keadaan normal.
  • Peningkatan risiko kehamilan di luar rahim, di mana embrio melekat dalam tiub falipio atau dalam ruang abdomen. Ini lebih berkemungkinan jika anda pernah mengalami masalah yang melibatkan tiub falopio.
  • Anda mungkin berisiko tinggi sedikit melahirkan bayi dengan kecacatan semasa lahir jika anda hamil melalui kaedah IVF. Walau bagaimanapun, masalah ini jarang berlaku dan risiko bayi anda mengalami masalah akibat daripada ICSI atau IVF adalah rendah. Lebih banyak kajian dipierlukan untuk memastikan sama ada terdapat kaitan di antara rawatan kesuburan dan kecacatan semasa lahir.

Walaupun terdapat risiko, ramai ibu bapa masih berjaya hamil dan melahirkan bayi yang sihat melalui IVF.



Sumber dari: Babycenter


Image result for Proses IVF


Ok. habis cerita apa itu (In Vitro Fertilisation) IVF? Lepas ni sambung cerita pengalaman saya yang dalam proses pelaksanaan IVF... doakan agar semua dipermudahkan.

©2017, copyright Nur Ellena

Khamis, 25 Ogos 2016

Gambar: PokeNatomy

Semakin ramai menggilai permainan Pokemon Go ini. Namun, adakah anda pernah terfikir untuk melihat Pokemon ini secara terperinci? Anda boleh! Dengan ilustrasi PokeNatomy ini sekarang anda dapat bagaimana rupa Pokemon secara luaran dan juga dalaman. Bukan itu sahaja, poster ilustrasi ini mempunyai penerangan terperinci mengenai Pokemon dan juga fungsi organ-organ dan sistem saraf mereka.

Bulbasaur

Charmander

Pikachu

Jigglypuff

Squirtle

©2016, copyright Nur Ellena

Selasa, 26 Julai 2016

Gambar: I am Here, Come Save Me Pokemon Go!

Manusia diseluruh dunia hari ini sedang mengila dengan serangan permainan aplikasi telefon pintar Pokemon Go. Malahan saban hari kita pasti mendengar pelbagai cerita mengenai permainan ini. Tidak terketinggalan juga rakyat Malaysia yang makin teruja menunggu permainan ini untuk memasuki negara kita.
Atas insiatif itu, pihak Revolutionary Forces of Syria Media Office (RFS) cuba membuka mata masyarakat dunia dengan memanipulasi ketagihan masyarakat dunia dengan Pokemon Go ini, agar untuk berusaha menyelamatkan kanak-kanak mangsa perang di Syria. Jika ada yang bersungguh-sungguh mencari watak Pokemon disegelenap pelusuk bumi sehingga sanggup mengancam diri sendiri, tidakkan wajar mereka lebih perihatin terhadap nyawa manusia yang diancam oleh peperangan ini?
Setiap gambar kanak-kanak Syria ini membawa satu harapan besar dan hanya mahukan keamanan. Mereka tidak mahu membesar dan berada didalam kancah peperangan.
"I am here, come save me", itulah ayat yang tertulis pada sekeping kertas bersama watak-watak Pokemon Go yang juga menyatakan lokasi mereka.






Sumber:  Revolutionary Forces of Syria Media Office (RFS)

©2016, copyright Nur Ellena

Khamis, 14 Julai 2016

Gambar: Pertandingan Gambar Dron Terbaik 2016

Pertandingan ini dianjurkan oleh Dronestagram pada majlis tahunan Anugerah Fotografi Dron yang ketiga. Gambar-gambar yang dipaparkan di sini adalah yang mendapat tempat pertama dan kedua berdasarkan kategori yang telah dipertandingkan iaitu Travel, Adventure-Sports dan Nature.

Tempat pertama bagi kategori Travel
Tempat kedua bagi kategori Travel
Tempat pertama bagi kategori Adventure-Sports
Tempat kedua bagi kategori Adventure-Sports
Tempat pertama bagi kategori Nature
Tempat kedua bagi kategori Nature
Sumber: Dronestagram

©2016, copyright Nur Ellena

Rabu, 13 Julai 2016

Gambar: Cerita Tiga Kucing Buta

Pada asalnya penglihatan ketiga-tiga kucing ini adalah normal. Namun, mereka telah kehilangan penglihatan akibat jangkitan selsema kucing yang pada masa itu ia tidak dirawat oleh tuan mereka sebelumnya. Kucing-kucing ini kemudiannya ditemui oleh penduduk terbiar dan berusaha untuk meneruskan kehidupan di dalam sebuah gudang kosong di Dubai pada tahun 2014 dan yang mana kemudian diselamatkan dan ditempatkan di pusat jagaan.
Pada mulanya, seekor daripada kucing ini yang bernama Blue telah diambil dan dipelihara secara berasingan, namun ia terpaksa dipulangkan semula ke pusat jagaan kerana Blue seakan-akan menangisi perpisahan dengan 2 lagi adik-adiknya. Sehinggalah pada tahun 2015, mereka telah diambil oleh Catherine dan menjaganya sehingga kembali sihat dan ceria.






Sumber: Facebook

©2016, copyright Nur Ellena

Rabu, 22 Jun 2016

Peristiwa: Nuzul Al-Qur'an

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Sumber: Wikipedia

©2016, copyright Nur Ellena

Rabu, 15 Jun 2016

Gambar: Mengensot Mencari Anaknya

Ibu kucing ini diserang tanpa perikemanusian hanya kerana ia merayau-rayau di kawasan laman rumah orang lain. Seorang lelaki yang tinggal di kawasan kediaman itu telah melakukan keganasan terhadap haiwan ini dengan membalingnya ke arah sebuah treler.
Anak-anak kucing ini yang baru berusia seminggu telah diselamatkan oleh kumpulan pecinta haiwan yang beranggapan bahawa ibu kucing ini telah mati. Namun keesokkan harinya mereka melihat ibu kucing ini berada di tempat terakhir anak-anaknya ditinggalkan dengan cara mengensot badannya. Ini kerana ia telah mengalami kelumpuhan bahagian belakang badan dan hanya kaki hadapannya berfungsi.
Ibu kucing ini diselamatkan dan disatukan kembali dengan anak-anaknya. Namun, ibu kucing ini disahkan lumpuh untuk selama-lamanya.
Lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan kejadian ini telah ditahan oleh pihak berkuasa.






Sumber: The Dodo

©2016, copyright Nur Ellena

Rabu, 25 Mei 2016

Kenangan: Untuk Mu Ibu

Lirik lagu 'Exist' amat menyentu hati ini. Bertapa rindunya pada mu Ibu.Biarlah Lirik ini berbicara.

Exist – Untuk Mu Ibu 

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...
©2016, copyright Nur Ellena

Isnin, 7 Mac 2016

Info: Gerhana Matahari Separa 9 Mac 2016

Pada 9 Mac 2016 ini bermula ketika matahari terbit, akan terjadi fenomena gerhana matahari separa di seluruh Malaysia. Kali terakhir kita dapat menyaksikan fenomena ini ialah pada Januari 2010. Fenomena gerhana matahari terjadi apabila kedudukan bumi, matahari dan bulan berada di dalam kedudukan selari. Terjadinya gerhana matahari apabila bulan menghadang cahaya matahari ke bumi. Namun pada waktu ini hanya negara Indonesia sahaja akan mengalami gerhana matahari penuh.



Semenanjung Malaysia

Kangar – 8.25 pagi (67%)
Kuah – 8.25 pagi (67%)
Alor Setar – 8.25 pagi (68%)
Georgetown – 8.25 pagi (70%)
Ipoh – 8.24 pagi (73%)
Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)
Shah Alam – 8.24 pagi (79%)
Putrajaya – 8.24 pagi (80%)
Seremban – 8.24 pagi (81%)
Melaka – 8.23 pagi (83%)
Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)
Kuantan – 8.25 pagi (77%)
Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)
Kota Bharu – 8.26 pagi (68%)

Sabah & Sarawak

Kuching – 8.29 pagi (87%)
Sibu – 8.31 pagi (85%)
Bintulu – 8.33 pagi (82%)
Miri – 8.36 pagi (78%)
Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)
Sandakan – 8.42 pagi (75%)
Tawau – 8.41 pagi (81%)


©2016, copyright Nur Ellena

Khamis, 3 Mac 2016

Info: Dibayar Untuk Melancong Percuma

Adakah ini satu scam? Tidak, malah anda akan dibayar untuk melancong secara percuma selama dua minggu!
Adakah anda mempunyai akaun Instagram dan gambar-gambar yang menarik? Kini Netflix sedang mencari #Grammasters untuk melancong ke benua Eropah dan Timur Tengah selama dua minggu secara percuma dan dibayar $2000 seminggu.
Apa yang anda perlukan ialah 3 gambar terbaik anda berserta hastag #grammasters3 didalam akaun Instagram. Netflix mencari peminat rancangan TV dan wayang dan juga berkebolehan mengambil gambar yang menarik.
Tarikh tutup permohonan ini ialah pada 6 Mac 2016. Jadi, tunggu apa lagi!


Sumber: Grammasters Netflix

©2016, copyright Nur Ellena

Isnin, 29 Februari 2016

Peristiwa: Tahun Lompat

Hari ini adalah 29 Februari, dimana juga dikenali sebagai tahun lompat. Ia terjadi apabila tarikh 29 Februari ini hanya akan wujud setiap 4 tahun sekali! Bagi mengenal pasti tahun-tahun lompat ini, apabila tahunnya dibahagikan dengan 4 maka jawapannya tidak ada titik perpuluhan atau berbaki.

     Contohnya: 2016 / 4 = 504 (tidak ada titik perpuluhan atau berbaki)

Jumlah hari pada tahun lompat adalah 366 hari kerana pertambahan sehari pada hari ini kerana pada tahun-tahun biasa kita hanya mempunyai 365 hari dalam setahun.
 Google meraikan tahun lompat 2016 pada doodle mereka
 
©2016, copyright Nur Ellena

Khamis, 18 Februari 2016

Gambar: Untuk Yang Tersayang

Pakcik Kuroki dan isteri adalah antara pasangan petani yang hidup di kawasan pendalaman di Jepun. Malangnya, isterinya disahkan buta akibat penyakit kencing manis yang dihidapi. Hal ini mengakibatkan isterinya mengalami tekanan perasaan dan kemurungan. Pakcik Kuroki berusaha mencari kaedah bagi menceriakan kembali isterinya dan bermula pada saat itu, pakcik Kuroki mula membuat sebuah kebun bunga untuk menceriakan isterinya kembali. Dengan harapan bau-bauan bungaan yang terhasil menarik perhatian isterinya untuk kembali menikmati dunia luar dengan ceria. Setelah dua tahun hasil kerja keras pakcik Kuroki yang telah menanam jutaan pokok bunga dikebunnya telah menarik perhatian pengunjung yang ingin menyaksikan sendiri cerita cinta pakcik Kuroki terhadap isterinya.






Sumber: NewsFlow24

©2016, copyright Nur Ellena