Selasa, 11 Jun 2013

Gambar: Taman Beracun

Alnwick Garden atau Taman Beracun, terletak di Northumberland, England. Tumbuh-tumbuhan yang di tanam di sini sememangnya beracun dan mampu membunuh. Terdapat tanda-tanda amaran terhadap pengunjung supaya tidak menyentuh, menghidu atau memakan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini. Tukang kebun di sini akan memastikan mereka sentiasa memakai sarung tangan khas apabila sedang bekerja dan setiap daripada mereka memerlukan lesen khas untuk bekerja di sini.






Sumber: Alwinck Garden -  The Poison Garden
©2013, copyright Nur Ellena

Gambar: Kabang Rela Mati Demi Tuannya

Di Filipina, seekor anjing mempertaruhkan nyawa bagi menyelamatkan anak tuannya daripada di langgar sebuah motorsikal. Anjing tersebut, Kabang mengalami kecederaan yang teruk apabila rahang mulutnya termasuk ke dalam roda motorsikal tersebut sehingga hancur. Sebuah dana diwujudkan bagi membolehkan Kabang di hantar dan di rawat di Hospital Veterinar Davis, Amerika Syarikat. Anjing yang berusia 2 tahun ini menjalani beberapa siri pembedahan bagi membentuk semula wajahnya, tetapi akibat kecederaan yang serius, usaha untuk memasang rahang palsu gagal. Namun, Kabang masih mampu mengunyah makanan dengan giginya dan masih mampu mengenali tuannya.






©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 3 Jun 2013

Makanan: Makanan Pilihan

 Rojak Sotong

BBQ Steamboat

 BBQ Steamboat

Biryani Ayam


Biryani Kambing

Mee Sedap + telor rebus 


©2013, copyright Nur Ellena