Isnin, 11 November 2013

Gambar: Mutiara Boleh Makan?

Sekali pandang seperti rantai mutiara pelbagai warna dan percayakah anda, ia juga boleh dimakan? Ia adalah jagung yang dipanggil Glass Germ. Bermula apabila seorang petani Carl Barnes pakar dalam memilih dari benih-benih jagung terbaik dengan tidak sengaja bertemu dengan Greg Schoen. Mereka berkongsi minat yang sama akhirnya berjaya menghasilkan benih yang mengeluarkan jagung yang unik ini.






Sumber: Twisted Sifter

©2013, copyright Nur Ellena

Jumaat, 8 November 2013

Gambar: Pengerudi Lautan

Bertugas di luar persisir memerlukan banyak kemahiran. Syarat yang paling penting ialah pandai berenang dan senang menyesuaikan diri di tengah-tengah lautan apabila berada di pelantar. Namun segala aspek keselamatan adalah syarat utama apabila berada di sini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.






Sumber: Diamond Offshore

©2013, copyright Nur Ellena

Khamis, 7 November 2013

Gambar: Hotel Dalam Bot di Kepulauan Maldives

Mengambil masa hanya 30 minit dengan menaiki bot laju dari Lapangan Terbang Male, hotel ini merupakan antara yang paling mempesonakan di Pulau Koko, Maldives. Hotel ini juga turut dilengkapi dengan gimnasium, rangkaian internet, restoren, spa dan kolam renang. Yang paling penting ia turut disajikan dengan keindahan pulaunya.






Sumber: Inthralld & Comohotels

©2013, copyright Nur Ellena