Isnin, 17 Mac 2014

Info: Apakah Itu Transponder?

Di dalam istilah telekomunikasi, transponder (transmitter-responder) dimaksudkan sebagai:
  • peranti automatik yang menerima, menguat dan menghantar kembali isyarat pada frekuensi lain
  • peranti automatik yang menghantar pesanan tertentu sebagai balasan (respond) pada isyarat penerima
  • penghantar-terima yang menjana satu isyarat balas pada peranti elektronik yang lain
Setiap pesawat akan diberikan kod transponder empat angka atau "Squawk" number yang akan ditetapkan oleh juruterbang mengikut arahan Pusat Kawalan Lalu Lintas Udara (ATC). Dari Squawk number tersebutlah pesawat tersebut akan dikenalpasti sehingga radar dimatikan. Mode C memberikan maklumat mengenai ketinggian pesawat terbang ketika itu melalui bacaan yang diperolehi dari altimeter pesawat.


Dalam kes Malaysia Airlines pesawat MH370 ini, ia dikatakan bahawa transponder telah dimatikan dengan sengaja oleh pihak tertentu menyebabkan ia hilang dari radar menara kawalan di Subang. Hasil siasatan yang telah di dedahkan oleh pihak kerajaan Malaysia, pesawat MH370 dikatakan telah menukarkan laluan dan ini dikuatkan lagi dengan dakwaan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dimana radarnya mengesan sebuah pesawat tidak dikenali melalui Selat Melaka sebelum hilang.

Sumber: Wikipedia - Transponder, General Aviation News

©2014, copyright Nur Ellena

Jumaat, 14 Mac 2014

Info: Coretan Seminggu MH370

Sejak berita tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, seluruh dunia seakan-akan memberi perhatian terhadap kes ini. MAS selaku antara pesawat komersial yang paling selamat dan diakui dunia samada dari segi perkhidmatan dan tahap keselamatannya, mendapat impak akibat kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.


Ketika mula-mula berita ini tersebar, ada juga segelintir yang mungkin "ingin mendapat perhatian" dengan memuatkan pelbagai kenyataan yang boleh menyakitkan perasaan saudara-mara penumpang pesawat MH370. Antaranya kenyataan Twitter artis tempatan Zed Zaidi dan bekas Menteri Besar Perak.

Berbanding dengan selebriti luar negara mereka lebih menyatakan perasaan ingin berkongsi kesedihan mereka bersama-sama keluarga penumpang pesawat ini.

Berita kehilangan MH370 ini juga menimbulkan pelbagai spekulasi. Bloggers, wartawan persendirian dan tanpa tauliah berlumba-lumba hendak mengeluarkan kenyataan yang tidak tahu kebenarannya yang juga diambil dalam dunia maya ini.

Pelbagai isu timbul menyebabkan kekecohan, sehinggakan pihak Kementerian sendiri berani menyelar kakitangan kerajaannya seperti isu passport palsu yang berjaya melepasi kawalan keselamatan dan imigresen. Ironinya sebelum ini kita seakan-akan berbangga dengan pihak luar akan tahap keselamatan negara dan KLIA.

Tidak kurang juga ada pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan dan mungkin mempunyai agenda tersendiri sebagai jalan untuk mendapat perhatian masyarakat.

Tahap kurangnya kematangan rakyat Malaysia begitu menyerlah tatkala mata dunia sedang tertumpu ke arah kita. Tiada pihak luar yang cuba memalukan negara ini kecuali rakyat Malaysia sendiri dan saya tidak mahu sentuh tentang isu bomoh di KLIA itu. Anda nilailah sendiri. #doabuatMH370 #prayforMH370

©2014, copyright Nur Ellena

Isnin, 10 Mac 2014

Info: Malaysia Airlines Boeing 777-200

Malaysia Airlines (MAS) mempunyai 15 buah pesawat jenis Boeing 777-200. Pesawat yang mampu menampung penumpang seramai 282 orang ini mempunyai 35 tempat duduk kelas perniagaan dan 247 tempat duduk kelas ekonomi. Pesawat yang menggunakan enjin Rolls Royce Trent 892 ini mampu mencapai kelajuan Mach 0.84 (897 km/jam) dan jarak perjalanan 12,779 km.



Sumber: Malaysia Airlines

©2014, copyright Nur Ellena