Isnin, 9 Februari 2015

Kreatif: Anda Ada Kad Perniagaan?

Orang kata untuk maju dalam dunia perniagaan perlulah pandai mencari peluang dalam memperkenalkan perniagaan anda. Terdapat pelbagai cara untuk memperkenalkan perniagaan anda seperti memberikan kad perniagaan anda. Namun jika kad perniagaan anda amat kreatif dan lain daripada yang lain pastinya ia dapat membantu anda bukan? Mari kita lihat beberapa kad perniagaan yang amat kreatif ini.

 
Jurulatih Yoga

Syarikat Penghantaran

Pembuat Kerusi

Pereka Taman & Laman

Peguam Penceraian

Tok Mudim

 Pakar Bedah Plastik

©2015, copyright Nur Ellena

Khamis, 5 Februari 2015

Gambar: Realiti Kehidupan Di Zoo

Banyak zoo tidak mempunyai persekitaran semulajadi yang baik dengan kadar tembusan cahaya yang sedikit, kurang kepelbagaian tumbuhan semulajadi seperti di habitat asal, makanan yang tidak mencukupi dan berkualiti rendah, tiada hubungan sosial sesama haiwan (ruang terkurung) dan ruang yang kecil dan suram. Akibat daripada tekanan persekitaran yang tidak sihat ini ia boleh mengubah secara drastik ke atas fizikal dan psikologi haiwan-haiwan ini.
Gambar haiwan-haiwan ditempatkan di dalam zoo ini telah dirakamkan oleh jurugambar Elias Hassos dan diterbitkan di dalam majalah German Greenpeace dalam usaha menyedarkan orang ramai akan hak dan keperluan haiwan-haiwan ini.






©2015, copyright Nur Ellena

Rabu, 4 Februari 2015

Gambar: Bagai Dihidupkan Semula

Penemuan semula lebih 5,000 negatif plat kaca lama pada tahun 2013 yang dihasilkan oleh jurugambar Romania, Costica Acsinte merupakan penemuan sensasi bagi ahli kaji sejarah  dan para jurugambar professional yang lain. Berdasarkan gambar-gambar yang ditemui ini, seorang jurugambar dari Australia, Jane Long menghasilkan sebuah hasil seni menggunakan gambar-gambar lama ini dengan memberikan warna dan sentuhan fantasi menggunakan teknologi digital. Acsinte dikatakan merupakan satu-satunya jurugambar professional di Romania semasa Perang Dunia Pertama.






©2015, copyright Nur Ellena