Rabu, 12 September 2012

Berita: Katak Daun Salad

Hampshire: Seorang surirumah disini terkejut apabila anak perempuannya menjumpai seekor katak di dalam bungkusan daun salad yang di belinya di pasaraya.
Christina Carrington, 50, telahpun memakan sebahagian daun salad tersebut sebelumnya.
" Saya membuka bungkusan plastik mengambil sebahagian daun salad untuk makanan tengahari saya, membungkusnya semula dan meletakkannya kembali ke dalam peti sejuk" kata Christina. "Selepas saya makan makan tengah hari di tempat kerja, saya menerima panggilan telefon dari anak perempuan saya yang seolah-olah mengalami histeria sambil menjerit: ADA KATAK DALAM SALAD DI DALAM PETI SEJUK!" 
Dia tidak menjangka dengan membayar lebih bagi salad yang telah di proses, di basuh dan sedia dimakan, rupa-rupanya memerlukan dia lebih "bersedia"

                                          Christina menunjukkan "hadiah" kataknya


©2012, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan