Ahad, 23 September 2012

Gambar: Angel Falls

Angel Falls adalah nama kepada air terjun tertinggi di dunia terletak di Taman Negara Canaima, Venezuela. Berketinggian 979 meter (3,212 kaki) lebih kurang 15kali berbanding ketinggian Nigara Falls. Lokasi air terjun ini tidak diketahui oleh dunia luar sehingga seorang juruterbang dari Amerika Jimmie Angel terbang melintasinya pada 16 November 1933 ketika melakukan penerbangan mencari bijih berharga. Beliau kembali pada 9 Oktober 1937, dan cuba mendaratkan pesawat Flamingonya, El Rio Caroni di atas gunung tersebut, tetapi malangnya pesawat itu rosak apabila rodanya tenggelam di dalam tanah berpaya. Dia bersama tiga orang sahabatnya, termasuk Marie isterinya, kemudian terpaksa menuruni gunung itu dengan berjalan kaki. Ia mengambil masa selama  11 hari untuk memcari jalan kembali kepada dunia tamadun. Tersebarnya berita mengenai pengembaraan mereka dan penemuan pertama air terjun itu, lalu dinamakan sebagai Angel Falls sebagai penghormatan terhadap beliau. Pesawatnya kekal di atas puncak gunung itu selama 33 tahun sebelum diangkat keluar menggunakan helikopter.










©2012, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan