Isnin, 22 Oktober 2012

Petua: Khasiat Buah-Buahan

Allah Taala menciptakan buah-buahan  yang munasabah pada setiap musim mengikut negara masing-masing. Setiap ciptaan Allah juga ada manfaat dah hikmahnya tersendiri. Bezanya, sama ada kita mengetahui manfaatnya ataupun tidak mengetahui. Di sini, ingin menerangkan serba-sedikit manfaat buah-buahan yang biasa kita makan.



Buah Delima
Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, lemah tenaga batin, melambatkan proses penuaan, kanser prostat, kanser payudara, kanser usus dan leukimia.






Durian Belanda
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor yang sangat kuat. Buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan pelbagai jenis parasit dan cacing




Buah Mangga
Mangga adalah antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.




Buah Manggis
Kandungan flavonoid dan flavon di dalam isi buah manggis dikatakan mampu merangsang antioksidan lain termasuklah vitamin C dan E dan sekaligus menguatkan sistem imun tubuh.


Buah Tembikai Merah
Merupakan sumber tinggi carotenoid lycopene, sejenis bahan antioksiden bersifat anti-kanser. Bahan ini menghalang penyakit kanser seperti prostat, payudara, endometrial, peparu dan usus (colorectal). Buah yang tinggi antioksiden ini juga kaya dengan vitamin A, C dan B (asid folik), magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain daripada bahan yang dikenali sebagai beta-karotene.




©2012, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan