Cuaca panas sehingga mencecah 65°C dijangka akan melanda Arab Saudi pada bulan Ramadhan tahun ini. Abdul Rahman Mohammed Al-Ghamdi berkata, suhu dikawasan redup juga mampu mencecah 50°C manakala suhu dibawah sinaran matahari dan kawasan terbuka mampu mencecah sehingga 65°C. Suhu tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah adalah sekitar tahun 1913 yang mencecah 56.7°C direkodkan di Death Valley, California.
"Musim panas akan bermula di hemispera utara pada 21 Jun, dimana kedudukan matahari selari dengan bintang Cancer yang akan menyebabkan peningkatan suhu dikebanyakkan kawasan wilayah Arab Saudi." katanya.
Sumber: Al Arabiya News
©2015, copyright Nur Ellena
Tiada ulasan:
Catat Ulasan