Khamis, 25 Jun 2015

Pengalaman :Laparoskopi


Hari Kedua (2 Mac 2015).

Nak cerita sikit pengalaman semasa operation (Laparoskopi). Peristiwa ini dah berlaku beberapa bulan yang lepas. tapi baru hari ini ada rasa untuk menulis semula kisah
Pagi-pagi aku dah bangun, nak mandi awal. Dari pukul 10 malam semalam dah start puasa. dalam pukul 9am nurse masuk dan suruh bersiap tukar pakaian wad kepada pakaian baju operation warna putih tu. 

Ikutkan giliran aku adalah orang no. 5 dipanggil untuk operation laps pada hari ini.  Tapi disebabkan pesakit yang yang sebelum ini tidak jadi di operate, so giliran aku didahulukan ke giliran no 2.Tunggu punyu tunggu akhirnya nurse datang untuk pindah ke bilik operation.

Suami  ikut sama sampai ke ruangan sebelum garisan merah di luar bilik OT.

Doktor bahagian bius tanya beberapa soalan butiran diri aku untuk pengesahan. Lepas tu, aku dipindahkan ke troli OT dan ditempatkan sementara di ruang menunggu. Sejuknye dalam kawasan bilik OT tu sampai mengigil badan, nasib baik staf nurse selimutkan dengan kain tebal.

Dalam beberapa ketika, aku ditolak ke bilk OT, sementara menunggu bilik itu disediakan kelengkapannya, doktor bius sempat longgarkan ikatan baju putih aku. Masuk je bilik OT, ramai staf nurse dan doktor berada disekeliling aku. Doktor bius aku doktor lelaki, baik dan peramah orangnya. Dia juga yang injek ubat tahan sakit di IV drip aku. Seorang lagi pasangkan gas bius di mulut aku; dan suruh aku tarik nafas panjang sambil buka mata. Aku dok tunggu juga bila mata nak jadi mengantuk? Dalam pada aku terkelip-kelip mata pandang siling, tahu-tahu je dah gelap dunia. Sempat juga aku mengucap dua kalimah syahadah. Hahahaha......

Aku tersedar dalam keadaan mamai bila aku dengar sayup-sayup nama aku dipanggil. Berat rasa kepala, kesan bius masih kuat.  Tak larat, tertidur balik, lepas tu staf nurse check bacaan BP normal. Akhirnya barulah aku ditolak semula ke wad, suami setia menunggu.

Sampai di wad,masih tak larat nak buka mata, masih rasa mengantuk yang teramat sangat. tekak terasa perit..minta suami bagi air sikit..dapatlah minum sesudu 2 air. Ya Allah rasa nikmat sangat masa tu.

Pada pagi keesokan harinya, doktor Dct Hamid  datang ke wad aku dan terangkan tentang apa prosedur yang dia dah buat tadi. Dia beritahu sumbatan pada tiub dia dah bersihkan, dah cantik semula saluran tiub tu. Rahim telah ditarik ke depan, sebab sebelum ini rahim aku agak ke belakang.Ovari telah di 'driling'.  

Pembedahan laparoskopi aku melibatkan 3 tebukan ; satu di atas pusat dan satu lagi berdekatan ari-ari dan satu ditepi sebelah kiri perut. 

Staf nurse belum benarkan aku makan sampai aku betul-betul stabil, walaupun aku dah beritahu aku tak de rasa nak muntah atau pening kepala lepas operation. Mungkin sebagai langkah berjaga-jaga, nurse suruh minum air masak dahulu.

Dua malam berdan di hospital, suamilah menjadi peneman setiaku.. kasian dia mungkin tidurnya tak lena sebab tempat tidur yang kurang selesa. Terima kasi suamiku.

©2015, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan