Nuffnang

Khamis, 30 Januari 2014

Gambar: Ikan Laga

Visarute Angkatavanichis adalah seorang jurugambar yang juga adalah peminat ikan laga. Ikan yang mudah ditemui ditakungan air samada dibendang padi atau paya di kebanyakkan negara asia tenggara termasuk Malaysia. Setiap ikan laga mempunyai ciri keunikan dan kecantikannya yang tersendiri. Ikan yang terkenal dengan sifat agresifnya akan mengembang dan mempamerkan siripnya yang pelbagai corak dan warna bagi menakutkan musuhnya.






©2014, copyright Nur Ellena

Rabu, 29 Januari 2014

Kreatif: Lukisan Metamorfis

Octavio Ocampo dilahirkan pada 28 Februari 1943 di Celaya, Guanajuato, Mexico. Beliau dibesarkan di dalam sebuah keluarga perekacipta dan mempelajari seni dari seawal umur kanak-kanak lagi. Di sekolah seninya, Ocampo mereka dan membina patung-patung perarakan untuk perhiasan yang digunakan semasa perarakan karnival dan perayaan-perayaan lain. Ketika di sekolah tinggi, Ocampo menghasilkan lukisan cat mural untuk Sekolah Persediaan dan Dewan Bandaraya Celaya. Artis yang berbakat ini bukan sahaja mahir mengecat, beliau juga mahir dalam membuat ukiran, seni lakonan dan tarian. Hanya pada pertengahan 70-an yang beliau menumpukan pada seni lukisan dan arca. Ocampo mengelarkan gaya lukisannya sebagai lukisan metamorfis.






Sumber: Octavio Ocampo

©2014, copyright Nur Ellena

Selasa, 28 Januari 2014

Kreatif: Pengukir Besi

Jarang sekali seorang artis berkebolehan untuk mewujudkan kerja-kerja seni yang membangkitkan banyak emosi, meninggalkan yang melihat terpaku pada hasil kerjanya. David Kracov telah mencapai pada tahap ini untuk mewujudkan ukiran yang meninggalkan  kenangan kesan. Akan tetapi bagi David, setiap satu adalah karya peribadi kepada bagaimana kehidupan memberi kesan seninya.







Sumber: David Kracov

©2014, copyright Nur Ellena

Isnin, 27 Januari 2014

Kreatif: Penggulung Tisu Tandas

Bagi seseorang yang mempunyai kreativiti dan minat, apa-apa bahan dan benda pun boleh dijadikan sebagai seni. Seorang artis seni yang berbangsa Perancis ini menjadikan penggulung tisu tandas sebagai bahan utama untuk hasil kerja seninya. Beliau menghasilkan pelbagai bentuk topeng dengan menggunakan penggulung tisu ini.






Sumber: Junior Fritz Jacquet

©2014, copyright Nur Ellena

Sabtu, 25 Januari 2014

Gambar: Kucing dan Papan Luncur

Kucing yang bernama Didga ini amat menyukai papan luncur beroda. Malah ia berupaya mempamerkan beberapa aksi lompatan yang bergaya. Didga dan pemiliknya sering ditemui bermain papan luncur ini di bandar Coolangatta, sebuah bandar pesisir pantai Gold Coast, Australia. Didga dilatih untuk menaiki papan luncur yang di kawal dengan alat kawalan jauh oleh pemiliknya. Lihat beberapa aksi Didga meluncur di bawah.





Sumber: Daily Mail

©2014, copyright Nur Ellena

Rabu, 22 Januari 2014

Gambar: Bilik Deluxe di Icehotel

Dengan kerjasama kakitangan BMW Group dan MINI, mereka bersama membina sebuah bilik deluxe di Icehotel jukkasjärv bagi musim sejuk sesi 2013/14. Bilik yang berkeluasan 445 kaki persegi ini adalah merupakan bilik yang terbesar pernah dibina di hotel ini. Ia dilengkapi dengan ruang sauna sendiri. Pengunjung yang menginap disini berpeluang untuk belajar cara-cara mengukir ais daripada pengajar professional dan juga berpeluang untuk mencuba MINI pacuan 4 roda sebagai sebahagian pakej yang ditawarkan.





Sumber: Icehotel

©2014, copyright Nur Ellena

Selasa, 21 Januari 2014

Kreatif: Ada Yang Mahu?

Ia adalaha hasil karya seni oleh Jitish Kallat yang berasal dari Mumbai, India. Merupakan sebuah kenderaan yang boleh di katakan agak menakutkan rekabentuknya. Senibinanya adalah berbentuk tulang temulang dan seakan-akan bentuk seekor makhluk asing. Hasil seninya kini boleh dilihat di Art Stage Singapore. Proton dan Perodua berminat tak?






©2014, copyright Nur Ellena

Khamis, 16 Januari 2014

Kreatif: Kotak Kabel

Di Auckland, New Zealand, sebuah syarikat telekomunikasi memberi kebenaran kepada seorang pereka grafik yang juga merupakan artis jalanan untuk memberikan sentuhan seninya pada kotak kabel mereka. Mari lihat hasil tangannya.





Namun di negara kita Malaysia tidak kurang hebatnya walaupun tidak diberikan kebenaran oleh mana-mana pihak sekali pun. Hanya di Malaysia.


Sumber: Paul Walsh

©2014, copyright Nur Ellena

Rabu, 15 Januari 2014

Kreatif: Buku Landskap?

Dia mengabadikan karya seninya pada buku. Bukan mengarang atau menulis buku tetapi beliau mengukir buku tersebut. Dari hasil seninya terciptalah sebuah ukiran landskap yang indah. 






Sumber: Guy Laramee

©2014, copyright Nur Ellena

Jumaat, 10 Januari 2014

Gambar: Perayaan Ais dan Salji Harbin

Perayaan musim sejuk Harbin yang terletak di utara China dengan menjadikan ais dan salji sebagai medium pelbagai ukiran raksasa yang menarik. Perayaan pada tahun ini bermula pada 5 Januari yang lalu. Pelbagai ukiran dan replika dibangunan menggunakan ketulan ais dan salji.







©2014, copyright Nur Ellena

Khamis, 9 Januari 2014

Kreatif: Tapi Kat Malaysia Tidak Ada

Syarikat pembekal peralatan kenderaan Canada Tire telah membuat sebuah trak daripada bongkah ais yang boleh dipandu bagi menguji daya ketahanan bateri MotoMaster Eliminator yang dibekukan pada tahap suhu -49°C dan kemudian digunakan untuk menghidupkan trak ais ini.






Sumber: Canada Tire

©2014, copyright Nur Ellena