Jumaat, 27 September 2013

Gambar: Terowong Wisteria, Jepun

Berjalan melalui terowong ini mungkin bagaikan pengalaman memasuki alam khayalan fantasi. Terletak di Kawachi Fuji Gardens di Kitakyushu, Jepun, terowong yang di tumbuhi pokok Wisteria pasti menjadi tarikan jika datang pada waktu bunga sedang mekar. Saban tahun dari bulan April dan Mei, bunga yang kembang mekar dari pohon ini akan menukarkan landskap taman menjadi taman indah seperti di alam fantasi.






Sumber: Rare Delights

©2013, copyright Nur Ellena

Khamis, 26 September 2013

Info: Ketahui Jenis-jenis Teh

Teh Hitam - Biasa ditemui dan gunakan hampir 75 peratus pengemar teh. Kebanyakkan teh, ia diperolehi dari daun teh jenis pokok Camellia Sinensis. Teh hitam rasanya sedikit pahit dan mengandungi kafein kira-kira 40mg secawan teh. 





Teh Hijau - Teh yang mengandungi banyak anti-oksidan yang dipanggil Catechin. Satu kajian mendapati amalan meminum teh hijau dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular sebanyak 10 peratus.



Teh Oolong - Membantu menurunkan berat badan. Teh ini mengadungi enzim yang boleh menguraikan Triglyceride iaitu sejenis asid lemak yang tersimpan didalam sel-sel lemak. Kajian juga menyatakan seorang wanita yang minum teh ini boleh membakar kalori sehingga 2 jam berbanding meminum air biasa.





Teh Putih - Daun-daun teh jenis dikutip ketika masih muda, jadi teh ini mempunyai rasa yang lebih ringan berbanding dengan teh-teh lain dan juga kurang kafein, kira-kira 15mg secawan teh. Teh serbuk mengandungi lebih anti-oksidan berbanding teh uncang kerana daunnya mengalami proses lagi sedikit.

Teh Berperisa - Lebih kepada aromanya seperti kandungan kayu manis, serbuk kulit buah oren, lavender dan pelbagai adunan daun teh. Namun khasiatnya tetap sama dengan variasi teh-teh yang lain kecuali jika teh itu juga dicampur dengan buah-buahan anti-oksidan yang tinggi seperti blueberry.





Teh Herba - Secara logiknya ia bukan teh sebenarnya. Ini kerana ia adalah kombinasi campuran buah-buahan, pelbagai jenis bunga dan herba yang dikeringkan. Teh jenis ini tidak mengandungi kafein. Elakkan dari mengambil teh herba untuk menguruskan badan. Ini kerana ia mungkin mengandungi sejenis julap yang merbahaya.


©2013, copyright Nur Ellena

Rabu, 25 September 2013

Gambar: Fenomena Awan Berlubang

Lubang yang terhasil disekitar pembentukan awan di panggil Punch Hole Clouds juga dikenali sebagai Fallstreak. Terbentuk apabila kandungan air di dalam awan mula membeku sehingga membentuk partikel ais menyebabkan wap air disekelilingkan mula membeku dan jatuh ke bumi.






Sumber: Amusing Planet

©2013, copyright Nur Ellena

Selasa, 24 September 2013

Gambar: Bintang Bertaburan Di Pantai

Keindahan langit malam dipenuhi dengan kerdipan cahaya bintang. Begitu juga dipersisiran pantai malam itu dipenuhi dengan cahaya biru yang seperti bintang jatuh bertaburan. Sebenarnya cahaya biru ini terhasil daripada mikroorganisma marin phytoplankton spesis bioluminescence yang terapung dengan banyaknya di permukaan laut.






Sumber: National Geographic

©2013, copyright Nur Ellena

Isnin, 23 September 2013

Gambar: Ladang Bunga Tulip di Belanda

Setiap bulan Mac, ladang-ladang tulip di Amsterdam bertukar wajah bagai menjadi seperti permaidani hijau kerana pohon-pohon tulip mengeluarkan kudupnya. Pada musim tuaian pula, kawasan tanah ladang ni penuh dengan pelbagai warna bunga-bunga tulip yang indah dan berwarna-warni.







©2013, copyright Nur Ellena

Jumaat, 20 September 2013

Gambar: Ulat Berwajah Kucing

Ulat berwajah kucing ini (Mycalesis Gotama), memang seakan-akan berwajah kucing. Ia amat popular di Jepun. Bahkan terdapat patung mainan, lukisan dan pelbagai lagi bentuk cenderamata mengenai haiwan ini. Hati-hati ye, kucing ni boleh buat anda merasa gatal-gatal. Hehehe.







©2013, copyright Nur Ellena

Khamis, 19 September 2013

Gambar: Berjalan Di Udara

Vadim Mahora dan Vitali Raskalovym ialah 2 orang remaja Russia yang jurufoto yang mempunyai hobi gila. Mereka juga dikenali sebagai "Crazy Russian teens" kerana mereka ini gemar memanjat secara haram bangunan pencakar langit diseluruh dunia hanya untuk satu tujuan, mengambil gambar. Inilah antara hasilnya.






Sumber: European Skywalkers

©2013, copyright Nur Ellena

Jumaat, 13 September 2013

Gambar: Pulau Arnab di Okunoshima, Jepun

Kalau dalam entri saya dahulu kita tahu ada sebuah pulau kucing di Fukuoka (Lihat Sini). Di Okunoshima pula terdapat sebuah pulau untuk arnab juga. Pulau kecil Okunoshima terletak diantara Hiroshima dan Shikoku. Semasa Perang Dunia Ke-2, pulau ini adalah pusat ketenteraan rahsia yang mengeluarkan senjata gas beracun.






Sumber: Amusing Planet

©2013, copyright Nur Ellena

Khamis, 12 September 2013

Gambar: Musim Luruh


Bulan September bermulanya musim luruh di negara-negara yang mempunyai cuaca 4 musim. Berikut adalah antara tempat-tempat yang menarik untuk dilawati bagi melihat pemandangan indah musim luruh.


Taman Negara Acadia, Maine

Aspen, Colorado

Columbia River Gorge, Oregon

Denai Mohawk, Massachusetts

Mt. Washington, New Hampshire

©2013, copyright Nur Ellena