Jumaat, 17 April 2015

Info: Tahukah Anda Maksud Logo Pada Bekas Plastik

Jika anda membeli barangan, khususnya yang menggunakan bahan-bahan plastik adakah anda perhatikan simbol atau logo yang terdapat pada plastik tersebut? Adakah anda tahu maksudnya? Berikut terdapat sehingga 7 simbol atau logo yang berbeza-beza maksud dan fungsinya.

Logo kitar semula dengan angka 1 di tengahnya beserta tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) umumnya terdapat di botol plastik yang berwarna jernih atau transparent contohnya botol air mineral. Botol plastik jenis PET atau PETE hanya perlu digunakan SEKALI SAJA. Ini kerana jika kita sering menggunakan untuk menyimpan air yang bersuhu tinggi, ia boleh mengakibatkan lapisan polimer pada botol aktif dan mengeluarkan zat carcinogen yang boleh menyebabkan kanser.

Logo ini mempunya angka 2 di tengahnya beserta tulisan HDPE (High Density Polythylene) di bawah segitiganya. Biasanya ia digunakan untuk botol susu berwarna putih, tupperware dan bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Meskipun HDPE termasuk salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya untuk mencegah reaksi kimia akan tetapi penggunaanya tetap hanya untuk SEKALI GUNA sahaja. Ini kerana pembebasan bahan rapuh tetap berlaku mengikut peredaran masa.

Mempunyai tulisan berwarna merah dengan angka 3 di tengahnya dan huruf V. Maksud V ini merujuk kepada PVC (Polyvinyl Chloride) iaitu sejenis bahan plastik yang paling sukar untuk di kitar semula. Selalunya terdapat pada plastik pembungkus (Cling Wrap) dan botol – botol. Jika penggunaan bahan plastik PVC digunakan untuk pembungkusan makanan, ia sangat berpotensi mendatangkan bahaya pada ginjal, hati dan masalah berat badan.

Logo kitar semula dengan angka 4 di tengahnya beserta tulisan LDPE. LDPE bermaksud Low Density Polyethylene iaitu bahan plastik yang dihasilkan oleh bahan thermoplastic, yang biasanya dipakai untuk bekas makanan, plastik pembungkusan dan botol – botol yang bersifat lembik. Sifat mekanismanya adalah sangat kuat, jernih, fleksibel dan permukaan agak licin. Sangat stabil walaupun pada suhu 60 darjah dan tidak ada reaksi terhadap bahan kimia. Daya ketahanan terhadap wap air agak baik, boleh di kitar semula penggunaannya serta baik untuk barang – barang yang memerlukan keupayaan fleksibiliti dan utuh. Barangan dari bahan LDPE sangat sukar untuk dilupuskan, tetapi baik untuk bekas makanan kerana ketahanan terhadap reaksi secara kimia dengan makanan yang disimpan.

Angka 5 di tengah logo kitar semula beserta tulisan PP yang merupakan singkatan bagi Polipropilen. Ia menghasilkan botol plastik yang kurang jernih (putih berawan). Bahan ini lebih kuat dan ringan dengan daya ketahanan terhadap wap yang rendah dan stabil pada suhu tinggi. Ia merupakan bahan plastik terbaik sebagai tempat simpanan makanan dan minuman.

Logo kitar semula berangka 6, serta tulisan PS. Lazimnya digunakan untuk menghasilkan bekas makanan styrofoam, cawan dan pingan pakai buang dan lain – lain. PS merupakan polystyrene iaitu polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene meresap ke dalam makanan ketika ia digunakan. Selain terdapat didalam bekas makanan ini, styrene juga terdapat dalam asap rokok, asap kenderaan dan bahan binaan. Bahan ini harus dielakkan kerana selain berbahaya pada otak, ia juga boleh mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah kemandulan dan masalah pertumbuhan sistem saraf. Ia adalah bahan sukar untuk dikitar semula dan memerlukan proses yang sangat panjang. Kaedah untuk menentukan samada bahan tersebut mengandungi kandungan PS didalamnya ialah dengan kaedah pembakaran. Jika bahan tersebut mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga maka bahan tersebut mengandung PS.

Bagi logo kitar semula dengan angka 7 di tengahnya, beserta tulisan OTHER. Ia terbahagi kepada 4 jenis bahan yang berlainan iaitu:
1. SAN – styrene acrylonitrile
2. ABS – acrylonitrile butadiene styrene
3. PC – polycarbonate
4. Nylon

SAN dan ABS memiliki rintangan yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan tahap kekerasan. Polycarbonate boleh ditemui pada botol susu bayi, cawan minuman bayi (sippy cup), botol minuman polikarbonat, tin pembungkusan makanan dan minuman, termasuk tin susu formula. Ia dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma dan mengubah fungsi imun. 
 Sumber: Sayang Dibuang

©2015, copyright Nur Ellena