Khamis, 29 November 2012

Kesihatan: Madu

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah -buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluarlah madu yang bermacam-macam warnanya. Didalamya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkannya. (surah al-Nahl ayat 65-69). 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api)." (Sahih Bukhari)

Seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya tidak juga sembuh, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

©2012, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan